Vibe Dilancarkan Semula Sebagai Divine – Mengharamkan Kandungan Janaan AI
Effi Saharudin
Platform perkongsian video Vine kembali semula sebagai Divine semalam sejak ia berkubur pada tahun 2016. Divine menerima dana daripada Jack Dorsey menerusi “and Other Stuff” dengan keunikan platform ini ialah ia tidak membenarkan kandungan janaan kecerdasan buatan (AI). Video sehingga 6 saat boleh dimuat naik dengan sistem Divine akan mengesan ia dirakam menggunakan telefon dan bukan janaan AI.

Selain hidup kembali sebagai Divine, pembangun aplikasi ini juga akan mengembalikan sehingga 200,000 video klasik Vine yang berjaya disandarkan sebelum perkhidmatan ditamatkan. Pemilik video asal boleh meminta Divine memberikan semula akaun lama mereka atau memohon untuk video dipadamkan sekiranya tidak mahu ia dipaparkan di laman.
Kerana Divine menerima dana Jack Dorsey, ia menggunakan protokol sumber terbuka Nostr. Dengan ini pembangun lain boleh menghasilkan aplikasi sendiri untuk memaparkan kandungan Divine. Divine boleh dimuat di peranti Android dan iOS atau diakses menerusi laman divine.video/
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






