Malaysia Oversight

Vantage Studios Ialah Nama Subsidiari Baharu Ubisoft dan Tencent

By Amanz in October 3, 2025 – Reading time 1 minute
Vantage Studios Ialah Nama Subsidiari Baharu Ubisoft dan Tencent


Vantage Studios Ialah Nama Subsidiari Baharu Ubisoft dan Tencent

October 3, 2025
e-Permainan

Effi Saharudin

Vantage Studios ialah nama subsidiari baharu Ubisoft dan Tencent yang diumumkan pada Mac lalu. Ia kini bertanggungjawab membangunkan permainan siri Assassin’s Creed, Far Cry, dan Tom Clancy’s Rainbow Six. Syarikat baharu ini adalah bernilai €4 bilion (~RM 19.13 bilion) dengan Tencent melaburkan €1.16 bilion (~5.55 bilion) bagi memegang 25% pegangan syarikat. Charlie Guillemot dan Christophe Derennes pula dilantik sebagai CEO bersama Vantage Studios.

Vantage Studios Ubisoft Tencent

Sebelum ini Tencent sudahpun memegang 10% saham Ubisoft dengan ura-ura mereka berminat mengambil alih syarikat daripada keluarga Guillemot yang menubuhkannya pada tahun 1986. Dengan ini semua permainan di bawah siri Assassin’s Creed, Far Cry, dan Tom Clancy’s Rainbow Six akan dibangunkan oleh subsidiari baharu.

Semua IP permainan yang pernah dibangunkan, sedang dibangunkan dan akan dibangunkan selepas ini juga akan dipegang selama-lamanya oleh subsidiari baharu. Studio yang akan terlibat pula ialah Ubisoft Montréal, Quebec, Sherbrooke, Saguenay, Barcelona, dan Sofia.

Pada ketika ini Tencent sudah memiliki atau melakukan pelaburan besar ke dalam syarikat permainan video Riot Games, Epic Games, Larian Studios, From Software, Krafton, Activision Blizzard, Remedy, Supercell dan banyak lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link