Malaysia Oversight

Usaha naikkan Nurul Izzah jadi MB Selangor mula sejak 2024, dakwa Rafizi

By MkiniBM in November 29, 2025 – Reading time 2 minute
Usaha naikkan Nurul Izzah jadi MB Selangor mula sejak 2024, dakwa Rafizi


Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan usaha untuk menaikkan sebagai menteri besar telah bermula sejak tahun lalu.

Dia berkata usaha itu dirancang melalui penyusunan semula politik membabitkan beberapa tokoh utama PKR dan kerajaan .

Ia melibatkan penyertaan Tengku Zafrul Abdul Aziz ke dalam PKR serta pengosongan satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN bagi membuka laluan kepadanya dan .

“Berita pasal jadi menteri besar ini saya dengar dari dalam parti, sebenarnya sejak 2024 lagi,” katanya dalam episod terbaru rancangan audio siar Yang Berhenti Menteri (YBM).

Berdasarkan maklumat yang diterimanya, kata Rafizi, Tengku Zafrul dirancang menyertai PKR pada 2024, dengan pengumumannya dijadual dibuat oleh presiden parti, Ibrahim ketika kongres parti pada tahun itu.

3e0fae15e4d4c52280a8402e101e407d
Tengku Zafrul dan Ibrahim

Namun, dakwanya lagi, rancangan itu tergendala apabila ia bocor lebih awal, mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin .

“..Tetapi berita itu sudah keluar awal dan ada yang kata kumpulan mereka yang bocorkan. Apabila Umno tahu, Umno marah. Maka tak jadi diumumkan (ketika kongres),” dakwa bekas menteri ekonomi itu lagi.

Mengulas lanjut, Rafizi mendakwa menerusi rancangan itu, satu kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen – “berkemungkinan Ampang” – akan dikosongkan, masing-masing untuk membuka laluan kepada Nurul Izzah untuk menjadi menteri besar dan Tengku Zafrul yang akan tamat tempoh senatornya pada Disember ini.

“Saya tak faham macam mana mereka boleh fikir (untuk) suruh Rodziah letak jawatan (sebagai anggota Parlimen Ampang). Rodziah tengok sajalah, tak akan boleh paksa dia,” katanya lagi, sambil menambah rancangan itu turut melibatkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang akan dibawa ke Persekutuan.

“Itu sepatutnya berlaku. Kenapa Nurul Izzah, Tengku Zafrul dan Amirudin (dilibatkan) ialah kerana Tengku Zafrul boleh melicinkan jalan Nurul Izzah jadi menteri besar.

“Masa itu sepatutnya Amiruddin sudah ke peringkat persekutuanlah,” katanya lagi.

3129d5a385536b9ef75f41ad811f3a40
Nurul Izzah Anwar

Pada 21 November lalu, Amirudin mengakui telah mencadangkan Nurul Izzah sebagai penggantinya untuk mentadbir Selangor, dengan dia telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan. 

“Secara jujurnya, saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri, terpulang kepadanya untuk ambil cadangan itu atau tidak,” katanya dalam program audio siar Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan. 

Bagaimanapun, Anwar berkata ia hanyalah pandangan peribadi Amirudin dan tiada perbincangan dibuat antara mereka.

‘Tak ambil kira perkara lain’

Rafizi berkata keseluruhan perancangan itu menemui kegagalan susulan tentangan oleh Umno dan pelbagai perkara yang melanda PKR sejak 2024.

“…Besar kemungkinan mereka tak ambil kira perkara-perkara lain.

“Contohnya, mereka tak ambil kira tentangan Umno…kemudian masuk Februari dan Mac 2025 sudah pemilihan parti (PKR).

“Dengan segala hal semasa pemilihan parti, jadilah macam ini. Tengku Zafrul pun terlepas maka tamatlah (tempoh) dia jadi senator,” dakwanya lagi.



Source link