Malaysia Oversight

Usah bawa masuk budaya merosakkan dalam Bersatu

By MkiniBM in September 6, 2025 – Reading time 2 minute
Usah bawa masuk budaya merosakkan dalam Bersatu


PAT BERSATU | Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, hari ini menegaskan Bersatu merupakan sebuah parti yang sepatutnya bebas daripada “budaya yang boleh merosakkan” seperti menghasut dan surat layang.

Berucap di perhimpunan agung tahunan sayap parti itu di Shah Alam, Hamzah berkata segala elemen yang buruk tersebut mesti dihalang daripada menular dalam pertubuhan yang dianggap sebagai keluarga besar.

“Kepada semua, apa pun cabaran di hadapan kita perlu hadapi bersama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

“Jangan dibawa budaya yang tidak baik. Jangan dibawa budaya yang boleh merosakkan ke dalam parti ini.

“Tidak ada budaya surat layang, tidak ada budaya cucuk-mencucuk, ini adalah keluarga besar.

“Ini adalah parti yang mendukung suara rakyat, yang akan memperjuangkan masa depan demi agama bangsa dan negara,” katanya.

Kelmarin, Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai kewujudan surat layang yang memburuk-burukkan Hamzah. Ia didedahkan Ketua Bersatu Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris beberapa hari lalu.

Antara lain surat tersebut mendakwa Hamzah membuat percaturan untuk menjatuhkan Presiden Bersatu, Yassin.

Surat layang yang beredar melalui WhatsApp itu juga mendakwa Hamzah sebagai “broker” yang menggerakkan cadangan penubuhan Majlis Eksekutif PN.

Minta jangan ulang lagi

Penyebaran surat itu didakwa menggunakan nombor telefon tempatan dan juga dari Thailand.

Dalam respons awalnya, menegaskan bahawa surat layang yang menyentuh isu integriti Hamzah serta kewujudan broker dalam parti itu tidak boleh dijadikan sandaran kerana kesahihan kandungannya belum dipastikan.

Dalam ucapannya hari ini, Hamzah turut mengingatkan bahawa ke-16 akan datang bukan sekadar medan pertembungan di antara gabungan politik, tetapi penentu hala tuju masa depan negara.

Dia yang juga Timbalan Pengerusi PN menambah, rakyat perlu disedarkan bahawa PRU itu membawa misi jauh lebih besar termasuk melibatkan kelangsungan bangsa dan negara secara keseluruhan.

Sebarang kesilapan dalam memilih pemimpin, katanya, hanya akan membawa padah.

“Jika salah memilih pemimpin, akan ranap, musnah, hancur berkecailah segala susah-payah, perit-jerih yang selama ini ditumpah untuk mendaulatkan maruah bangsa,” katanya lagi.

Hamzah turut mengingatkan rakyat agar tidak lagi mengulangi kesilapan masa lalu.

“Jangan lagi diulang, sudah terhantuk baru nak terngadah,” katanya dengan mendakwa PRU lalu wajar memberi pengajaran besar kepada rakyat.



Source link