Malaysia Oversight

Urimai gesa PM tubuh pasukan siasat FAM, JPN

By MkiniBM in October 8, 2025 – Reading time 2 minute
Urimai gesa PM tubuh pasukan siasat FAM, JPN


Pengerusi Urimai, P Ramasamy menggesa Perdana Menteri, Ibrahim menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu pemain warisan Harimau Malaya.

Ia susulan pendedahan laporan rasmi oleh Jawatankuasa Tatatertib Fifa.

Tegas Ramasamy, ini kerana proses untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia amat sukar, malah ramai yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk menerima maklum balas daripada JPN walaupun dilahirkan di negara ini.

“Namun, jika pemohon itu pemain import kelas tiga atau empat, kewarganegaraan pula menanti mereka dengan tangan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

310f90eae0bad3499393603782026217

Dalam alasan penghakiman bagi menjatuhkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain, Fifa mendapati bahawa datuk atau nenek kepada pemain-pemain tersebut bukan berasal dari Malaysia, berdasarkan dapatan berikut:

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan setiap keputusan pemberian kewarganegaraan dibuat mengikut undang-undang yang sah.

Bagaimanapun, FAM pada 28 Sept menyatakan masalah itu berpunca daripada “kesilapan teknikal” dalam proses pengesahan dokumen pemain warisan terbabit.

Mengulas lanjut, Ramasamy mempersoalkan kenyataan Saifuddin, sedangkan Ketua Pengarah JPN sendiri mengakui agensi itu hanya bergantung kepada dokumen yang dihantar kerana mereka tidak dapat memperoleh semula rekod kelahiran tulisan tangan asal pemain bola sepak itu.

94c378a4fe0d33a3ab6598fb7bcef8e6

Bekas pemimpin DAP itu turut menggesa FAM supaya bertanggungjawab terhadap perkara ini dan tidak terus berselindung di sebalik alasan teknikal.

“Tetapi persoalan sebenar ialah, kenapa Malaysia begitu terdesak mendapatkan pemain import, sedangkan bakat tempatan diabaikan?”.

“Walaupun telah membawa masuk pemain import dengan gaji dan elaun tinggi, mutu bola sepak Malaysia masih tidak menunjukkan peningkatan,” tambahnya.



Source link