Unifi Mobile Kini Tawar Pelan Pascabayar Dengan Langganan Netflix – Bermula RM79 Sebulan, Tanpa Kontrak
Aman
Telekom Malaysia kini melalui Unifi Mobile telah mula menawarkan pelan Uni5G Postpaid yang baharu, yang hadir bersama langganan Netflix. Unifi Mobile mengatakan ini merupakan yang pertama di Malaysia dengan penawaran seumpamanya, dan hadir tanpa kontrak atau caj tambahan.
Pelan Uni5G Postpaid 69 ditawarkan pada harga RM79 sebulan yang hadir bersama Netflix Basic, data tanpa had 5G, hotspot sehingga 60GB dan panggilan tanpa had. Pengguna turut boleh melanggan penawaran data tanpa had 5G/4G pada harga RM100 sebulan yang turut hadir dengan hotspot 100GB serta panggilan tanpa had. Pelan RM100 turut hadir dengan langganan Netflix Basic.

Jikalau dilanggan secara berasingan, pelan Netflix Basic berharga RM29.90 sebulan yang menawarkan kadar resolusi 720p, serta boleh ditonton melalui televisyen, komputer atau peranti mudah-alih. TM mengatakan, pengguna turut boleh melakukan naik-taraf ke Netflix Standard atau Premium dengan mudah dibawah pelan berkenaan. Untuk Netflix Standard, pengguna perlu menambah RM20 sebulan atas pakej pascabayar berkenaan, atau Netflix Premium perlu menambah RM33 sebulan.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Uni5G Postpaid bersama Netflix hari ini melalui laman rasmi Unifi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.