Malaysia Oversight

Undian bagi PRK Ayer Kuning ditutup

By MkiniBM in April 26, 2025 – Reading time 1 minute
Undian bagi PRK Ayer Kuning ditutup


PRK AYER KUNING | Pengundian untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN Ayer Kuning telah ditutup.

Saingan itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Yusri Bakir dari , Abd Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN), dan Bawani KS dari PSM.

Malaysiakini membawakan anda kemas kini langsung dari lapangan.


Beberapa peti undi selesai dikira, mendahului

6:15pm mendahului selepas beberapa peti undi selesai pengiraan.

Berdasarkan jumlah yang dipaparkan di pusat operasi BN, gabungan itu memperoleh 557 undi setakat ini, berbanding 149 untuk PN dan 27 untuk PSM. Ini memberikan BN majoriti 408 undi.

BN telah berjaya memenangi sebahagian besar undi pos dan undi awal, serta daerah mengundi Kampung Raya.

Keputusan 62 saluran pengundian lagi masih belum selesai.


Aliran keluar mengundi di bawah sasaran SPR

6.00pm – Peratusan keluar mengundi bagi PRK Ayer Kuning sehingga 4 petang menunjukkan arah aliran ke arah kira-kira 58 peratus, berdasarkan anggaran Malaysiakini.

Ini jauh di bawah sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak 70 peratus, dan peratusan keluar mengundi 74.85 peratus semasa Pilihan Raya Umum 2022.

Bagaimanapun, sudah menjadi pola biasa untuk PRK mempunyai peratusan keluar mengundi lebih kecil berbanding pengundian semasa pilihan raya umum.

Menurut SPR, peratusan keluar mengundi setakat pukul 4 petang – iaitu sejam sebelum pilihan raya ditutup – ialah 54.01 peratus.

Ini adalah daripada 31,897 orang yang mendaftar untuk mengundi di kawasan itu.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link