Malaysia Oversight

Undang-undang Romeo dan Juliet, bukan dakwa gadis bawah umur

By MkiniBM in September 23, 2025 – Reading time 4 minute
Undang-undang Romeo dan Juliet, bukan dakwa gadis bawah umur


Beberapa peguam mencadangkan undang-undang “Romeo and Juliet” atau sweetheart defence diperkenalkan bagi menggantikan cadangan untuk mendakwa gadis bawah umur yang secara rela melakukan seks dalam kes rogol statutori.

Bercakap kepada Malaysiakini, Kokila Vani Vadiveloo berkata peruntukan undang-undang sebegini bertujuan mengelakkan pendakwaan terhadap remaja bawah umur yang melakukan hubungan seks sesama mereka dalam lingkungan umur tertentu.

“Dalam kes di mana kedua-dua pihak adalah remaja bawah umur dan jarak usia mereka dekat, pihak pendakwa (di negara yang ada undang-undang sebegini) lazimnya lebih cenderung mengesyorkan kaunseling atau intervensi bukan jenayah berbanding mendakwa mereka di mahkamah.

“Fokusnya beralih daripada hukuman kepada perlindungan serta kebajikan remaja terlibat,” katanya.

Mengutarakan pandangan serupa, pengasas bersama Child Rights Innovation and Betterment (Crib) Foundation, Ajeet Kaur, menyeru agar undang-undang berkaitan dipinda bagi membolehkan pendekatan ini diguna pakai, dengan mencadangkan jurang usia tidak melebihi tiga tahun.

c062a6c4073613a0f8ff90af2e114903

Pada Ahad lalu, Ketua Polis , Muhamad Zaki Harun, mencadangkan agar gadis yang terlibat dalam kes rogol statutori turut didakwa bersama lelaki dewasa yang melakukan kesalahan tersebut.

Dia berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan kerana berdasarkan siasatan hampir 90 peratus kes rogol statutori berlaku atas kerelaan.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Hal Ehwal Agama , serta pihak berkaitan bagi memastikan tindakan yang lebih adil.

Ajeet berkata, jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menguatkan budaya menyalahkan mangsa dan membuat mereka lebih berasa malu, serta mengurangkan laporan polis tentang jenayah seksual.

“Ia akan membuka ruang kepada lebih banyak kenyataan menyalahkan mangsa seperti ‘apa yang dia pakai’, ‘pakaian dia seksi’ dan seumpamanya,” kata peguam itu.

Lindungi mangsa, bukan hukum

Selain itu, Kokila turut memberi amaran bahawa menjenayahkan remaja bawah umur dalam kes sebegini boleh mengundang peluasan hukuman terhadap kesalahan seksual lain dan perbuatan menyalahi undang-undang yang melibatkan golongan muda.

“Ia boleh membuat masyarakat fikir remaja bawah umur juga bersalah, sedangkan kebanyakan mangsa rogol statutori ialah perempuan dan pelaku lelaki — sekali gus menambah ketidaksamarataan gender,” katanya.

Seorang lagi peguam, Nizam Bashir, mengingatkan bahawa sekiranya cadangan itu dijadikan undang-undang, ia boleh menjadi duluan yang berbahaya kerana menormalkan hukuman terhadap mangsa dalam kes jenayah seksual.

“Jika hari ini melibatkan rogol statutori, esok bagaimana? Adakah ia akan diperluas kepada rogol atau bentuk keganasan seksual lain?” katanya.

Dia menegaskan undang-undang mesti kekal berasaskan kerangka perlindungan mangsa, bukan menuduh mereka sebagai bersalah.

Isu kerelaan

Sementara itu, peguam Rajesh Nagarajan menegaskan masalah dengan cadangan Yusoff berpunca daripada isu kerelaan (consent) remaja bawah umur – yang dianggap “mustahil dari segi undang-undang”.

Dia merujuk kepada Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang menjadikan hubungan seks dengan gadis bawah 16 tahun sebagai jenayah, walaupun dengan kerelaannya.

3799cdb42e4f841ae7529c518be95430

“Peruntukan ini wujud khusus untuk melindungi remaja bawah umur kerana dari segi undang-undang mereka tidak boleh memberi persetujuan yang sah,” jelas Rajesh, sambil menambah bahawa mahkamah secara konsisten menegaskan prinsip undang-undang ini.

Justeru, Rajesh menyifatkan pandangan Yusoff bahawa majoriti kes rogol statutori berlaku atas kerelaan sebagai tidak berasas dan tidak mempunyai sandaran undang-undang.

Kokila turut mengkritik kenyataan tersebut, dengan berkata Yusoff seolah-olah memberi gambaran undang-undang mengiktiraf persetujuan remaja bawah umur.

Dalam pada itu, Nizam menjelaskan cadangan Yusoff bercanggah dengan kerangka statutori sedia ada kerana ia menjadikan mangsa sebagai “rakan pelaku” lalu memaksa mereka menanggung kesalahan jenayah — sekali gus membuatkan mereka kurang cenderung membuat laporan polis terhadap penderaan seksual.

26c9d54f575cfa7236d26cc7547e6da2

Dia menambah bahawa Yusoff telah melangkaui bidang kuasanya sebagai ketua polis negeri.

“Tugas polis adalah menguatkuasakan undang-undang, bukan membentuk dasar undang-undang. Cadangan mengubah undang-undang rogol statutori adalah bidang kuasa legislatif.

“Selain itu, undang-undang jenayah adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan. Ketua polis negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mencadangkan perubahan terhadap statut jenayah Persekutuan,” jelas Nizam.

Selain itu, Rajesh menyifatkan cadangan Yusoff untuk merujuk perkara ini kepada Jabatan Hal Ehwal Agama sebagai sesuatu yang “membimbangkan”.

“Ini isu undang-undang jenayah, ditadbir oleh Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dan Akta Kanak-kanak 2001 — semuanya jelas berada di bawah bidang kuasa Persekutuan.

“Pihak berkuasa agama tidak mempunyai mandat untuk menentukan atau mempengaruhi liabiliti jenayah di bawah undang-undang negara,” tambahnya.

Dia merujuk kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang menyaksikan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Keputusan itu menegaskan bahawa undang-undang jenayah terletak sepenuhnya di bawah Senarai Perundangan Persekutuan, dan penglibatan Jabatan Hal Ehwal Agama Kelantan dalam isu ini akan menjadi “kesilapan serius dari segi undang-undang dan bidang kuasa,” jelas Rajesh.

Tahun lalu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan (gambar atas) berkata peningkatan kes rogol statutori dipercayai berpunca daripada kegiatan grooming (pengantunan seksual) di media sosial.

Dia menjelaskan, pengantunan seksual berlaku apabila orang dewasa memperdaya dan memupuk kepercayaan kanak-kanak bagi membuka jalan ke arah hubungan seksual.



Source link