Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah, mengecam cadangan Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, supaya gadis bawah umur turut didakwa dalam kes rogol statutori.
Menurutnya, cadangan itu bercanggah dengan semangat undang-undang jenayah seksual di Malaysia dan mencerminkan salah faham serius terhadap prinsip perlindungan kanak-kanak.

“Cadangan tersebut bukan sahaja mengejutkan, tetapi menunjukkan salah faham serius terhadap semangat undang-undang jenayah seksual di Malaysia dan mengabaikan prinsip perlindungan kanak-kanak.
“Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa hubungan seksual dengan gadis di bawah umur 16 tahun tetap dikira sebagai rogol, walaupun dengan ‘persetujuan’.
“Ini kerana undang-undang mengiktiraf bahawa kanak-kanak tidak mempunyai kapasiti sah untuk memberi persetujuan, memandangkan mereka belum matang dari segi psikologi, kognitif dan sosial,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan, Mohd Yusoff mencadangkan supaya gadis yang terlibat dalam kes rogol statutori turut didakwa bersama lelaki dewasa yang menjadi pelaku.
Dia berkata hampir 90 peratus kes rogol statutori di Kelantan didakwa berlaku atas dasar “suka sama suka”. Menurutnya, undang-undang semasa hanya membolehkan pendakwaan dibuat ke atas lelaki, manakala gadis bawah umur dianggap sebagai mangsa di bawah Akta Kanak-Kanak 2017.
“Sekarang ini undang-undang sedia ada lebih menjurus kepada pendakwaan terhadap lelaki sahaja, sedangkan siasatan mendapati banyak kes kedua-dua pihak sama-sama rela.

“Apabila laporan dibuat, kita tetap kena buka kertas siasatan dan mengenakan pertuduhan terhadap lelaki mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Kanak-Kanak, walaupun ada pengakuan ia dilakukan suka sama suka,” katanya yang dipetik media, semalam.
Mengulas lanjut, Puah menjelaskan, tafsiran undang-undang juga menegaskan bahawa rogol hanya boleh dilakukan oleh lelaki terhadap perempuan melalui penetrasi tanpa kerelaan.
Justeru katanya, dari segi perundangan, seorang gadis tidak boleh disabitkan dengan kesalahan rogol terhadap lelaki.
“Prinsip ini jelas: tanggungjawab jenayah terletak kepada lelaki dewasa yang berkeupayaan mengeksploitasi, bukan kepada gadis bawah umur yang sepatutnya dilindungi.
“Mendakwa gadis bawah umur sebagai pesalah bukan sahaja tidak berasas dari sudut undang-undang, malah mencabuli prinsip kemanusiaan dan hak kanak-kanak,” katanya.

Puah yang juga naib pengerusi PKR Johor turut memberi amaran bahawa cadangan itu boleh memberi kesan sosial yang berat, termasuk menambah stigma terhadap mangsa serta menakutkan mereka daripada tampil membuat laporan polis.
“Jika mangsa dianggap turut bersalah hanya kerana tidak melawan atau terpedaya dengan janji lelaki dewasa, ia menutup pintu keadilan dan menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap sistem undang-undang,” katanya.
Menurutnya, tugas polis adalah melindungi golongan lemah, bukannya menjadikan mereka sebagai pesalah.
“Kenyataan ketua polis Kelantan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah menunjukkan salah faham terhadap isu jantina, umur dan kuasa.
“Kenyataan seperti ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah berpotensi menjadikan undang-undang sumber ketakutan, bukannya perlindungan,” kata Puah.
Puah menegaskan, Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan jelas menyatakan bahawa hubungan seksual dengan gadis bawah umur 16 tahun tetap dikategorikan sebagai rogol walaupun dengan persetujuan.
“Undang-undang mengiktiraf bahawa kanak-kanak masih belum matang dari segi psikologi, kognitif dan sosial. Maka, tanggungjawab jenayah terletak sepenuhnya kepada lelaki dewasa yang mengeksploitasi, bukan kepada gadis bawah umur,” katanya lagi.
Beliau menambah, dari sudut undang-undang, seorang gadis tidak boleh disabitkan dengan kesalahan rogol kerana definisi rogol hanya terpakai terhadap lelaki.

“Prinsip ini jelas: mendakwa gadis bawah umur sebagai pesalah bukan sahaja tidak berasas, malah mencabuli prinsip kemanusiaan serta hak kanak-kanak,” tegasnya.
Puah yang juga Naib Presiden PKR turut memberi amaran bahawa cadangan itu boleh memberi kesan sosial yang berat, termasuk menambah stigma terhadap mangsa serta menakutkan mereka daripada tampil membuat laporan polis.
“Jika mangsa dianggap turut bersalah hanya kerana tidak melawan atau terpedaya dengan janji lelaki dewasa, pintu keadilan tertutup dan keyakinan masyarakat terhadap undang-undang akan terjejas,” katanya.
Beliau menegaskan tugas polis adalah melindungi golongan lemah, bukannya menjadikan mereka sebagai pesalah.
“Kenyataan Ketua Polis Kelantan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah berpotensi menjadikan undang-undang sebagai sumber ketakutan, bukannya perlindungan,” tambahnya.