Malaysia Oversight

Umno tubuh pasukan khas teliti RUU PSB, diketuai Jo Ghani

By MkiniBM in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
Umno tubuh pasukan khas teliti RUU PSB, diketuai Jo Ghani


mengumumkan Naib Presidennya Johari Abdul Ghani untuk mengetuai pasukan khas bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Setiausaha Agung , Asyraf Wajdi Dusuki berkata pasukan khas ini bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara terperinci sebelum dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar.

“Konvensyen Melayu Bandar ini bakal melibatkan kepimpinan tertinggi daripada negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia, parti-parti politik Melayu, pertubuhan bukan , ahli akademik dan masyarakat sivil, yang akan diadakan pada penghujung bulan September.

“Resolusi Konvensyen Melayu Bandar kelak akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim,” kata Asyraf pada satu kenyataan hari ini.

92cfa9ea23df4879d561198374ee6e06

RUU berkenaan sebelum ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan kedua di Dewan Rakyat oleh Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming.

Perbahasan dan pengundian RUU tersebut ditangguhkan ke mesyuarat Dewan Rakyat pada Okt ini dan akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada akta yang dicadangkan itu.

Timbalan Pengerusi Mohamad Hasan sebelum ini berkata Ahli Parlimen gabungan itu mahu rang undang-undang berkenaan yang bertujuan membangunkan semula kawasan bandar yang semakin tua dan semakin merosot tanpa perlu mendapat kelulusan 100 peratus daripada pemilik, ditangguhkan dan dikaji semula.

Beberapa ahli parlimen juga menyatakan kebimbangan terhadap ambang persetujuan rang undang-undang untuk pembaharuan bandar, manakala pembangkang, kumpulan masyarakat sivil, dan penduduk Kuala Lumpur telah mengadakan protes di luar Parlimen untuk membantah.

39f3a142aa4d3d60628979afaf166acd

Pembangkang sebelum ini menuduh PSB cubaan menyingkirkan orang Melayu.

Pembangkang juga berhujah PSB akan menyebabkan gentrifikasi dan meminggirkan golongan miskin, khususnya masyarkat Melayu dan India.

Kerajaan menjelaskan PSB bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan perumahan usang di bandar.



Source link