Malaysia Oversight

Umno tiada hubungan langsung dengan DAP, hanya BN-PH

By MkiniBM in December 15, 2025 – Reading time 2 minute
Umno tiada hubungan langsung dengan DAP, hanya BN-PH


Presiden Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa partinya tidak mempunyai “hubungan langsung” dengan DAP, sebaliknya menekankan bahawa kerjasama sedia ada dalam perpaduan terjalin antara dan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan politik.

734e68e7f6adc2ac3ab8e9f5aad6b556
Ahmad Zahid Hamidi

“Kita () tidak pernah mempunyai hubungan langsung dengan DAP.

“Hubungan kita ialah antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan. Oleh kerana MCA adalah merupakan parti komponen di dalam dan DAP adalah parti komponen di dalam PH.

“Maka kita harus meletakkan asas utama bahawa kerjasama ini bukan daripada parti ke parti, tetapi dari segi gabungan ke gabungan dan perkara ini boleh diselesaikan juga kesefahaman dapat dicapai,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Pengerusi itu berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Presiden MCA Wee Ka Siong pada perhimpunan agung tahunan parti itu pada 7 Dis yang dilaporkan memberi amaran agar BN tidak meneruskan kerjasama dengan PH dalam pilihan raya umum akan datang.

6de8a167fedf08db22d21d017f2f9c3c

Dalam ucapannya kepada perwakilan, Wee membuat ancaman halus tetapi jelas bahawa MCA bersedia meninggalkan BN sekiranya “sebahagian sekutu BN” mahu terus bekerjasama dengan DAP dan PH.

Walaupun Wee tidak menamakan mana-mana pihak secara khusus, ia difahami merujuk kepada yang dipimpin Zahid, yang juga timbalan perdana menteri.

Mengulas lanjut, Zahid hari ini menegaskan kepentingan mengamalkan “rasionaliti politik”, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

“Serahkanlah kepada kepimpinan utama kedua-dua gabungan untuk menangani dan melepasi permasalahan yang ada,” katanya.

Wee sebelum ini menyasarkan DAP dan PH atas dakwaan melakukan banyak “pusingan U” dalam pelbagai isu, namun tidak memperincikannya.

2eea39df0650b71d7fefbd86cbf747c4

Perhimpunan agung MCA itu berlangsung susulan pilihan raya negeri Sabah yang menyaksikan DAP tewas di semua kerusi yang ditandingi, kekal dalam pentadbiran pimpinan GRS dengan hanya dua kerusi, manakala Umno memperoleh empat kerusi.

Selain MCA, Zahid yang juga adalah timbalan perdana menteri hari ini diserang Pemuda selepas dia menuduh parti komponen BN itu “mabuk kuasa” susulan cadangan untuk turut meninggalkan gabungan tersebut.



Source link