Malaysia Oversight

‘Umno Terengganu 2,000 kali kecewa perangai PAS dari DAP’

By MkiniBM in January 17, 2026 – Reading time 2 minute
'Umno Terengganu 2,000 kali kecewa perangai PAS dari DAP'


PAU2025 | Terengganu lebih kecewa dengan sikap berbanding DAP di negeri-negeri lain, kata perwakilan Terengganu, Nurhisam Johari.

Sehubungan itu, dia berkata mana-mana pihak yang mahu menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) perlu terlebih dahulu bertanya dan menilai pengalaman Terengganu.

“Seperti di negeri-negeri yang ada DAP dan mereka kecewa dengan pelbagai gelagat songsang DAP, kami di Terengganu, 2,000 kali lebih kecewa dengan sikap dan feel perangai .

“Justeru, tanyalah kami, jika usaha mengembalikan Muafakat Nasional masih bergetar dari bibir sesetengah kita.

“Pun demikian, kami di Terengganu, penjaga rumah bangsa dan rumah asal politik Melayu ini tetap akur andainya toleransi dan keinsafan ikhlas dapat dibuktikan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menggesa penyatuan dua parti politik terbesar Melayu iaitu UMNO dan .

4160f5c190628fc4fa61b6b82643427d

Dr Akmal turut melontarkan cadangan untuk menghidupkan kembali MN bagi penyatuan ummah, selain menggesa parti itu bertindak keluar daripada perpaduan.

Mengulas lanjut, Nurhisam berkata sejak lebih 60 tahun lalu, dua parti Melayu- itu merupakan musuh tradisi sama ada dalam setiap pilihan raya mahupun di luar pilihan raya.

Sepanjang tempoh tersebut, katanya, pelbagai tohmahan dilemparkan PAS kepada Umno daripada gelaran munafik, kafir, menolak , sehinggalah kepada menyamakan Umno dengan pelbagai sifat binatang.

“Apabila ada usaha membawa Umno-PAS bergabung membentuk Muafakat Nasional 2.0, pengalaman pahit dan ngeri selama lebih 60 tahun serta pengalaman mahal yang terpaksa kami lalui selama lebih setahun dalam Muafakat Nasional 1.0 perlu diiktibarkan.

“Di Terengganu, ketika Muafakat Nasional 1.0, Umno menderita dengan pelbagai helah. Umno didera dengan pelbagai muslihat. Umno disisihkan semahunya dengan pelbagai alasan,” katanya lagi.

‘Ubah resipi agar Umno tak dikebumikan di Perlis’

Sementara itu, perwakilan Perlis, Yusuff Man berpandangan Umno perlu “mengubah resipinya” bagi menghadapi pilihan raya negeri Perlis akan datang.

“Jika kita ulang resipi lama, kita akan kalah lebih teruk. Jangan ulang kesilapan lama. Jangan pilih calon berdasarkan jawatan, bukan berdasarkan penerimaan oleh akar umbi.

“Jangan biarkan politik berpuak-puak berleluasa, jangan biarkan amalan budaya sabotaj dalaman terus bergerak.

“Kalau kesilapan lalu masih kekal maka pilihan raya negeri akan datang bukan medan kebangkitan Umno, ia akan menjadi upacara pengebumian Umno di Perlis,” katanya lagi.



Source link