Malaysia Oversight

Umno tak perlu takut DAP

By MkiniBM in January 17, 2026 – Reading time 1 minute
Umno tak perlu takut DAP


AGM | Naib Presiden , Johari Abdul Ghani hari ini menegaskan parti itu tidak seharusnya berasa takut kepada DAP, sebagaimana tidak pernah takut kepada mana-mana parti lain yang tidak berasaskan orang Melayu, termasuk MCA dan bekas sekutunya, Gerakan.

Dalam ucapan penggulungannya, Johari berkata perubahan sikap itu mencerminkan apa yang disifatkannya sebagai “politik masa depan” bagi meraih semula sokongan terhadap Umno yang semakin merosot dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

“Jadi saudara tuan-tuan, puan-puan, inilah politik masa depan. Kita tak perlu takut dengan siapa kenapa perlu takut dengan DAP?

“Saya rasa tak ada sebab kita perlu takut dengan DAP. Kalau kita tak takut dengan Gerakan (dulu), kita tak pernah takut dengan MCA, kita tak pernah takut dengan mana-mana parti yang bukan berasaskan Melayu, kenapa kita perlu takut dengan DAP,” soalnya.

“Saudara tuan puan, yang kita takut ialah bila Melayu tak boleh bersatu.

“Sebab itu saya menyahut pandangan dan ulasan ataupun idea yang dilontarkan dalam ucapan dasar untuk membuka rumah Umno ini menjadi rumah bangsa kita.

“Kalau tak nak sudahlah, bukan kita boleh paksa,” katanya lagi.

[Berita penuh menyusul]



Source link