Malaysia Oversight

Umno tak akan ‘tebuk atap’ walau ada desakan Pemuda, kata Zahid

By MkiniBM in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
Umno tak akan 'tebuk atap' walau ada desakan Pemuda, kata Zahid


Presiden , Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa partinya bersama akan terus kekal dalam perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal kali ini.

Katanya, ia antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Biro Politik malam semalam.

Turut dibincangkan adalah gesaan daripada ketua pemuda parti itu, Dr Muhamad Akmal Saleh pada Sabtu lalu supaya menarik diri daripada kerajaan perpaduan dan menjadi pembangkang.

4160f5c190628fc4fa61b6b82643427d

“Saya mempunyai pendirian daripada awal, parti juga mempunyai pendirian daripada awal bahawa kita tidak akan pernah melakukan tebuk atap kepada yang ada sekarang ini.

“… dan kita akan bersama-sama dengan Perpaduan ini hingga tamat penggal. Bila pun penggalnya yang akan diumumkan nanti ia adalah penggal yang secukupnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 ,” katanya.

Dia berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di hari ini.

Zahid seterusnya menegaskan tiada keputusan sebarang muktamad dibuat pada mesyuarat malam semalam .

“Kami telah membincangkan secara terbuka dan kami telah melakukan semua penelitian dan perincian terhadap saranan Pemuda itu dan tidak ada keputusan muktamad yang telah dicapai,” katanya



Source link