Malaysia Oversight

Umno Sembrong gembira Zahid sedia pertimbang nasib Hisham

By MkiniBM in June 27, 2025 – Reading time 2 minute
Umno Sembrong gembira Zahid sedia pertimbang nasib Hisham


Bahagian Sembrong berpuas hati erhadap respons positif Presiden , Ahmad Zahid Hamidi yang bersedia mempertimbangkan usul untuk menarik balik penggantungan keahlian Hishammuddin Hussein.

Ketua Sembrong, Abd Ghani Abd Rashid berkata pihaknya amat menghargai keterbukaan Zahid serta kesungguhan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang membantu membawa usul itu ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

“Umno Sembrong sangat berpuas hati dengan respons positif yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi parti seperti presiden dan naib-naib presiden (Umno).

“Keutamaan Umno Sembrong ialah melihat kembali Umno yang lebih kukuh dengan gabungan pimpinan yang lebih mantap.

“Umno Sembrong terus berharap respons positif pimpinan tertinggi parti dapat diterjemahkan dengan keputusan yang mengembirakan ahli-ahli parti Umno Sembrong,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa MKT boleh mempertimbangkan usul Umno Sembrong berkenaan walaupun tanpa sebarang surat rayuan rasmi daripada Hishammuddin.

Ahmad Zahid juga mengesahkan bahawa bekas presiden Umno itu belum mengemukakan sebarang permohonan rayuan sehingga kini.

5c889b8396aaa1ddf3256d2b92bb7600

“Kita akan tunggu usul yang akan dibawa oleh Menteri Besar Johor (Onn Hafiz Ghazi) yang turut menganggotai Biro Politik Umno dan (seterusnya) dibawa ke MKT,” katanya.

Ditanya apakah MKT Umno boleh membuat keputusan menarik balik penggantungan Hishammuddin tanpa surat rayuan dikemukakan oleh individu berkenaan, Ahmad Zahid menjawab: “Boleh”.

Ahmad Zahid menegaskan setiap keputusan parti – sama ada menggantung atau memecat ahlinya – dibuat berdasarkan sebab tertentu.

“MKT takkan gantung atau pecat (seseorang) jika tak ada kesalahan (dilakukan),” katanya.

Umno menggantung keahlian Hishammuddin selama enam tahun selepas MKT mengadakan mesyuarat pada pada hujung Jan 2023.

Turut dikenakan hukuman bersama Hishammuddin ialah Timbalan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Shahril Hamdan Suffian, Noh Omar (bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang), Salim Sharif (bekas Ahli Parlimen Jempol) dan bekas Tiram, Maulizan Bujang.

Noh bagaimanapun meminta agar Umno memecatnya.

Umno Sembrong pada 21 Jun lalu menggesa Umno menarik balik penggantungan terhadap Hishammuddin secara serta-merta dan tanpa syarat.



Source link