Malaysia Oversight

Umno Puchong putus kerjasama dengan PH Puchong

By MkiniBM in December 27, 2025 – Reading time 2 minute
Umno Puchong putus kerjasama dengan PH Puchong


Puchong menamatkan kerjasama bahagian itu dengan PH Puchong susulan kegagalan ahli parlimen Puchong yang juga Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya terhadap bekas perdana menteri .

Setiausaha Puchong Yusof Mohamed Yassin berkata tindakan itu diambil selepas tempoh 24 jam yang diberikan kepada Yeo semasa satu “sambutan akhir tahun” dianjurkan Pemuda di pusat khidmatnya.

“Keputusan ini adalah satu pendirian politik tegas Umno Bahagian Puchong di peringkat Parlimen Puchong, DUN Seri Serdang dan DUN Seri Kembangan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan Puchong sebagai tanda bantahan serta usaha mempertahankan prinsip dan maruah parti, tanpa menjejaskan kerjasama nasional kecuali jika diarahkan oleh kepimpinan Umno atau Barisan Nasional Pusat,” kata Yusof pada satu kenyataan semalam.

2f534985ed8316004eed8487473a60e7

Malaysiakini telah menghubungi Yeo untuk mendapatkan komen.

Pada Isnin, Ketua Pemuda Umno Imran Tamrin mengepalai demonstrasi yang menyasarkan kenyataan Yeo yang menyifatkan usaha Najib mendapatkan tahanan rumah berdepan jalan buntu undang-undang sebagai satu perkara untuk diraikan.

Ketua Pemuda Umno Puchong Khairul Azmil Bashir Mohamed, yang menyerahkan satu memorandum ke pejabat Yeo dan diterima oleh salah seorang pegawainya.

Sementara itu, Yusof berkata penamatan kerjasama dengan PH Puchong bermakna Umno Puchong tidak lagi akan mengadakan mesyuarat bersama, menyelaras atau menganjurkan sebarang program bersama serta tidak akan bekerjasama dalam sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya.

025805b63db0cd56c1e4f1e39b288669

Menurutnya, Umno Puchong juga tidak lagi terikat dengan sebarang perjanjian bersama PH Puchong dan bebas mengambil pendirian sendiri berhubung semua isu tempatan.

“Keputusan ini tidak bermaksud Umno keluar daripada Perpaduan di peringkat Nasional atau Negeri.

“Ia merupakan pendirian politik setempat, selagi tidak bercanggah dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno atau kepimpinan Barisan Nasional di peringkat pusat,” katanya.

Yusof turut menjelaskan bahagian Umno Puchong, yang diketuai bekas Seri Serdang Satim Diman, juga tidak akan menyokong mana-mana calon PH bagi kerusi Parlimen Puchong.



Source link