Malaysia Oversight

Umno perlu perkukuh keupayaan digital hadapi PRU

By TheSun in July 27, 2025 – Reading time 1 minute
Umno perlu perkukuh keupayaan digital hadapi PRU


KUANTAN: perlu meningkatkan keupayaan digitalnya bagi menangkis fitnah dan menyebarkan maklumat tepat melalui media sosial serta telefon pintar, terutamanya dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan , Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan bahawa parti itu perlu menutup jurang persepsi rakyat terhadap imej . Beliau berkata, “Selain itu, saya turut memperingatkan bahawa model perpaduan atau coalition government merupakan model yang telah diguna pakai oleh UMNO sejak zaman Perikatan dan kemudiannya dengan penubuhan Barisan Nasional.”

Azalina menambah, kedudukan UMNO dalam hari ini bukan sesuatu yang asing walaupun parti itu bukan peneraju utama. “Justeru, kedudukan kita dalam hari ini bukanlah model yang asing walaupun UMNO bukan peneraju, namun kekal sebagai faktor kestabilan,“ jelasnya menerusi hantaran di Facebook selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh.

Beliau turut menekankan peranan Barisan Nasional () dalam kerajaan MADANI sebagai pelindung prinsip Perlembagaan Persekutuan. “Dalam Kerajaan MADANI, Barisan Nasional kekal teguh menjadi pelindung dalam mempertahankan asas Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera,“ katanya.

Azalina juga menyatakan rasa syukur kerana tiada pihak dalam gabungan kerajaan mempersoalkan prinsip utama tersebut. “Alhamdulillah selepas hampir tiga tahun kerajaan MADANI mentadbir, belum ada pada satu masa pun rakan-rakan dalam gabungan hari ini mempersoalkan perkara tersebut yang juga merupakan sebab utama kerajaan ini stabil,“ ujarnya. – Bernama



Source link