Malaysia Oversight

Umno perlu kekal dalam kerajaan untuk elak PH 1.0

By MkiniBM in January 17, 2026 – Reading time 1 minute
Umno perlu kekal dalam kerajaan untuk elak PH 1.0


PAU2025 | Timbalan Presiden , Mohamad Hasan, berkata keputusan parti itu untuk kekal dalam Perpaduan merupakan strategi bagi mengelakkan berulangnya ‘Pakatan Harapan 1.0’.

Menurut menteri luar itu, sesetengah pihak tidak berpuas hati apabila berada dalam dan cuba menekan parti itu supaya keluar daripada .

“Ada pihak yang rasa amat sakit hati, merasakan keberadaan dalam kerajaan hari ni adalah duri dalam daging kepada mereka.

“Kerana apa? Kerana kita telah bantah apa mereka nak buat. Kalau Umno tak setuju dalam kabinet, maka kabinet tak dapat persetujuan. Ini yang mereka rasa amat sakit hati dan apatah lagi apabila mereka kalah tanpa menang satu pun kerusi di Sabah.

“Jadi berbagai usaha dibuat untuk memarahkan, menaikkan emosi kita dengan harapan, ye la kadang-kadang orang Umno ni cepat marah, cepat melenting, orang Melayu ni amarah, melenting dengan harapan besar supaya buat begitu Umno akan meninggalkan kerajaan.

“Maka bersoraklah mereka jika kita buat begitu. Ini pun yang mereka nak, maka berulanglah kembali kerajaan PH 1.0, di mana mereka dengan sewenang-wenangnya buat apa saja mereka suka kerana tak ada suara yang akan membantah, membangkang apa juga mereka lakukan,” katanya.

Walaupun Ahli Parlimen Rembau itu tidak menamakan sesiapa, dipercayai dia merujuk kepada DAP.

[Bersambung]



Source link