Malaysia Oversight

Umno kekal bertanding atas tiket BN pada PRU16

By MkiniBM in July 6, 2025 – Reading time 1 minute
Umno kekal bertanding atas tiket BN pada PRU16


tidak akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya kekal bersama Barisan Nasional () sebagai wadah perjuangan politik parti itu, tegas Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata akan terus menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan pada pilihan raya akan datang tanpa mengenepikan rakan-rakan komponen lain, termasuk , MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut menafikan kekalahan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini berpunca daripada kerjasama parti itu dengan dan PH.

“Desakan supaya UMNO bertanding secara solo bukan perkara baharu. Ia turut disuarakan semalam ketika saya berada di Johor, sama seperti yang dilaungkan di Kedah.

“Terdapat resolusi daripada beberapa bahagian yang seolah-olah menyalahkan kehadiran rakan-rakan gabungan dalam BN dan PH sebagai punca kekalahan kita.

“Tetapi hakikatnya, UMNO tidak pernah bertanding secara bersendirian sejak ditubuhkan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut 2025, di Lumut hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Lumut Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menegaskan bahawa parti itu tidak akan bertanding secara solo pada PRU-16 memandangkan sejarah UMNO sentiasa menunjukkan kerjasama politik sebagai kekuatan utama dalam landskap politik negara yang sentiasa dinamik.

Bernama



Source link