Malaysia Oversight

Umno kekal atau keluar k’jaan? Nurul tegur desakan Akmal

By MkiniBM in December 29, 2025 – Reading time 3 minute
Umno kekal atau keluar k'jaan? Nurul tegur desakan Akmal


Tuntutan Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh supaya gabungan MN bersama PAS dihidupkan semula, di tengah-tengah gesaan agar parti itu menilai semula kedudukannya dalam menerima maklum balas antara pujian dan peringatan supaya berhati-hati.

Exco Wanita Nurul Hidayah Ahmad Zahid menukilkan nasihat kepada Akmal selepas dia mengumumkan penganjuran satu konvensyen khas bagi menentukan hala tuju parti.

“Duhai adik-adik yang bersemangat Hang Jebat, kesimpulannya di sini, bersuara itu hak, gelisah itu normal, tetapi menggambarkan parti seolah-olah di persimpangan ‘kekal atau keluar’ secara terbuka bukan budaya kepimpinan ,” kata Nurul Hidayah yang juga anak kepada Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam hantaran mengumumkan konvensyen pada 3 Januari semalam, Akmal menyeru kepimpinan Pemuda Umno menentukan sama ada parti itu perlu kekal atau keluar daripada .

11afcd7cbbbb06209c37e7d7b613897e

Nurul Hidayah berkata walaupun usaha Akmal memimpin perbincangan masa depan parti — khususnya kedudukan Umno dalam Madani boleh difahami namun keputusan berkenaan bukan terletak di tangan Pemuda Umno semata-mata.

“Naratif ‘kekal atau keluar, kita yang tentukan’ itu adalah kenyataan yang sangat berat.

“Ia bukan sekadar membangkitkan perbincangan dasar, tetapi memberi isyarat seolah-olah keputusan strategik parti boleh ditentukan melalui tekanan emosi dan mobilisasi segera, bukan melalui struktur dan proses parti yang sah.

“Dalam organisasi besar seperti Umno, hala tuju parti bukan ditentukan oleh satu sayap, apatah lagi melalui tekanan awam yang boleh ditafsir sebagai ugutan politik dalaman,” tulisnya melalui satu hantaran Facebook.

705c3e55ae4afb7d2f81fe61b7132ec5

Meskipun mengakui kenyataan Akmal “lahir daripada rasa sayang dan kegelisahan” tetapi Nurul Hidayah berkata dari sudut prinsip kepimpinan dan disiplin organisasi, ia membawa beberapa implikasi yang perlu direnung dengan matang.

“Dalam organisasi besar seperti Umno, hala tuju parti bukan ditentukan oleh satu sayap, apatah lagi melalui tekanan awam yang boleh ditafsir sebagai ugutan politik dalaman.

“Apabila isu hala tuju parti dibawa terus ke ruang awam dengan nada ultimatum, ia membuka ruang persepsi bahawa Umno sedang berpecah dari dalam. Ini bukan sahaja melemahkan presiden dan kepimpinan tertinggi, tetapi juga memberi peluru percuma kepada lawan dan pemerhati politik.

“Pemimpin muda perlu faham satu perkara penting, keberanian bersuara mesti disertai kebijaksanaan menjaga maruah parti,” tegasnya.

4160f5c190628fc4fa61b6b82643427d

Sehubungan itu, Nurul Hidayah menggesa agar konvensyen khas Pemuda Umno yang bakal diadakan menampilkan perbincangan berasaskan hujah, bukannya naratif yang didorong emosi.

“(Berbahaslah) dengan adab, bukan populariti. Umno bukan milik satu generasi, bukan milik satu sayap, dan bukan milik individu yang paling lantang.

“Umno adalah amanah perjuangan panjang, yang memerlukan kesabaran, kebijaksanaan dan kesetiaan kepada struktur, walaupun kita tidak bersetuju dengan semua keputusan,” jelasnya.

Pun begitu Nurul Hidayah mengucapkan tahniah kepada Akmal atas penganjuran konvensyen itu, sambil menyatakan platform sedemikian lebih wajar untuk perbahasan berbanding demonstrasi jalanan.

‘PAS setuju hidupkan balik MN’

“Pemimpin muda yang benar-benar sayangkan parti akan memilih untuk menguatkan kepimpinan, bukan melemahkannya walaupun dengan niat yang baik,” katanya lagi.

Akmal, yang juga Merlimau, sebelum ini menggesa pembubaran PN susulan tanda-tanda terbaru pergeseran dalaman dalam gabungan itu, khususnya di Perlis.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pula berkata dia bersetuju sepenuhnya dengan gesaan Akmal menghidupkan semula MN.

e95410ec2f2430b72dc1303e9c5c2efa

Menurut ahli parlimen Pasir Mas itu, langkah berkenaan hanya boleh berlaku jika Umno dan BN meninggalkan pakatan dengan PH, rakan kerajaan Madani.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi pula berpandangan pakatan MN mungkin tidak berada dalam perancangan Umno dalam masa terdekat kerana parti itu sudah “serik.”

Namun, Akmal kelihatan enggan berganjak malah mempertegas pendiriannya menyokong kebangkitan semula MN yang pernah menggabungkan Umno dan PAS sehingga menumbangkan kerajaan pimpinan Mahathir Mohamad sebelum Pilihan Raya Umum 2022.

MN, yang dibentuk oleh dua parti Melayu- itu pada 2019, menandakan satu kejayaan menyatukan kuasa politik Melayu selepas puluhan tahun persaingan antara kedua-duanya.

8a606ae7f7d8cb33d640edace54afd22
Gambar fail.

Namun, susulan kejatuhan kerajaan PH dan pelantikan Yassin sebagai perdana menteri pada 2020, PAS memilih bekerjasama dengan Bersatu dengan menubuhkan PN — langkah yang dilihat Umno sebagai satu pengkhianatan.

PAS turut bertegas mahu memasukkan Bersatu dalam MN, yang ditentang Umno.

Gabungan MN itu berakhir pada Disember 2022, apabila Umno menyokong Presiden Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.



Source link