Malaysia Oversight

UMNO jelajah seluruh DUN Perlis dekati rakyat – Rozabil

By Utusan in January 4, 2026 – Reading time 2 minute
UMNO jelajah seluruh DUN Perlis dekati rakyat - Rozabil


KANGAR: Perlis akan melaksanakan jelajah di seluruh 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi mendekati rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, program tersebut dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, ia juga sebagai salah satu persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ujar beliau, selepas selesai jelajah di 15 DUN berkenaan, akan diadakan program besar-besaran sebagai penutup siri jelajah berkenaan.

“Sebagai persiapan menghadapi PRU16, Perlis akan memulakan jelajah ke semua DUN yang antara fokus kepada pemerkasaan jentera parti di semua pusat daerah mengundi (PDM) dan kesiapsiagaan di tiga-tiga Parlimen serta pemantapan hubungan UMNO dengan rakyat di akar umbi seluruh DUN di Perlis.

“Program jelajah DUN ini bukan sahaja melibatkan ahli-ahli UMNO tetapi bersama semua golongan masyarakat di setiap DUN yang kita turun nanti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.

Rozabil yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, UMNO dan Barisan Nasional () sentiasa melihat positif untuk kembali menerajui negeri.

“Kita memegang konsep terus berbakti kepada rakyat dan ia telah dilakukan di kesemua tiga bahagian di negeri ini. Kepentingan bagi UMNO dan adalah kesejahteraan rakyat. Gerak kerja bersama rakyat inilah yang dilakukan oleh UMNO selama ini,” katanya.

Sementara itu, Rozabil berkata, UMNO menzahirkan rasa dukacita dengan kemelut politik yang berlaku di Perlis melibatkan Perikatan Nasional (PN) antara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehingga menyaksikan kekosongan di tiga kerusi DUN.

Katanya, seperti mana semua sedia maklum, UMNO Perlis tidak akan mencampuri urusan dalaman parti-parti yang terlibat dan menasihatkan agar kemelut ini diselesaikan secara bijaksana serta berhemah dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

“Dalam masa sama, UMNO Perlis menegaskan bahawa kita sama sekali tidak akan terlibat sebarang usaha dalam percaturan politik berbentuk tebuk atap yang menggadaikan mandat rakyat yang telah diberikan kepada PN dalam PRU15,” katanya.-UTUSAN





Source link