Malaysia Oversight

Umno, Bersatu bersama demo bantah bendera terbalik

By MkiniBM in August 14, 2025 – Reading time 2 minute
Umno, Bersatu bersama demo bantah bendera terbalik


LANGSUNG | Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh bersama anggota sayap itu meneruskan rancangan untuk mengadakan himpunan di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang menjadi pusat kontroversi bendera negara diterbalikkan.

Turut hadir ialah ahli Pemuda Bersatu, DAP dan Lawyers for Liberty (LFL), termasuk pengarahnya Zaid Malek.

Malaysiakini membuat liputan himpunan ini secara langsung.


Perhimpunan bersurai lepas pertelingkahan kecil

6.30 petang: Akmal beredar sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu kebangsaan, namun peserta lain enggan bersurai dan menjerit ke arah anggota LFL yang memegang plakad.

Ia menyebabkan polis membentuk penghadang untuk memisahkan kedua-dua kumpulan itu.

Beberapa wakil Pemuda berbincang dengan Zaid, meminta agar dia menasihati ahlinya supaya menurunkan plakad, manakala mereka pula akan menggesa peserta himpunan bersurai.

Akhirnya, ahli LFL bersetuju menurunkan plakad dan para peserta mula meninggalkan kawasan itu selepas jam 6.15 petang.

68ea16be1300b0314cb0641baa53abd4

6.20 petang: Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek, menegaskan bahawa tindakan Akmal memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya menangkap dan mendakwa pemilik kedai perkakasan itu adalah perbuatan membuli dan mengganggu secara terang-terangan.

Zaid berkata pemilik kedai melakukan kesilapan yang tidak disengajakan dan bukan dia yang merakam dan memuat naik gambar bendera kebangsaan yang digantung secara salah.

932d948df09fb6f4e64f86fa65cec4ca

Peserta kini cecah 300 orang

6 petang: Bilangan peserta meningkat melebihi 300 orang ketika mereka mendekati kedai perkakasan tersebut, dengan sebahagiannya menyertai mereka di pertengahan jalan, termasuk Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham.

Kemudian ketika Akmal berucap Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham yang hadir di lokasi tampil berdiri di sisinya.

Kedua-duanya kemudian menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama dengan orang ramai.

Namun, sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu tersebut, para penunjuk perasaan menjadi marah apabila ahli LFL mengangkat plakad di hadapan mereka dengan slogan seperti “Tidak Seperti Zionis” dan “Malaysia Tolak Buli.”


5.30 petang: Lebih 100 orang berhimpun di tempat kejadian. Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham, tiba di tempat letak kereta bersama 30 anggota, kebanyakannya berpakaian putih, untuk menyertai kumpulan Pemuda .

Penganjur mengagihkan bendera kebangsaan dan plakad yang mengandungi slogan seperti “Bangkit Pertahankan Maruah Bangsa”, “Pertahan Kedaulatan, Tolak Pengkhianatan”, dan “Cintai Negara Kita dan Hormati Bendera Kebangsaan”.


5 petang: Lebih 70 orang mula berkumpul di kawasan terbuka sebuah pasar malam, kira-kira 1.5 kilometer dari kedai perkakasan tersebut.

Hanya kira-kira separuh daripada mereka memakai baju Pemuda Umno, manakala selebihnya berpakaian biasa, menjadikan sukar untuk dipastikan sama ada terdapat anggota Pemuda Bersatu di kalangan mereka.

9d5e1c0a6aedf3bfeaddfdd4916e8d51



Source link