Dalam pasaran telefon pintar yang semakin kompetitif, vivo X200 FE muncul sebagai sebuah model kompak yang menekankan keseimbangan antara rekaan, prestasi dan pengalaman pengguna. Di atas kertas, penawaran spesifikasi dan ciri yang disediakan kelihatan meyakinkan. Namun, sejauh mana kelebihannya dalam penggunaan harian? Berikut adalah ulasan penuh saya berdasarkan pengalaman untuk X200 FE.

Spesifikasi
Vivo X200 FE | |||
---|---|---|---|
Skrin | LTPO AMOLED, 120Hz, 2160Hz PWM, HDR10+, | 6.31″ (1216 x 2640) (~461 ppi) | |
Pemproses | Mediatek Dimensity 9300+ (4 nm) | ||
Cip | 1 x 3.4 GHz Cortex-X4 | 3 x 2.85 GHz Cortex-X4 | 4 x 2.0 GHz Cortex-A720 |
Cip Grafik | Immortalis-G720 MC12 | ||
RAM | 12GB RAM LPDDR5X | RAM Maya (+12GB RAM) | |
Muatan Dalaman | 512GB UFS 4.0 | ||
Kamera Utama | 50 MP f/1.9 (wide) | 50 MP f/2.7 (periscope telephoto), OIS | 8MP f/2.0 (ultrawide) |
Kamera Depan | 50 MP, f/2.0 | ||
Bateri | Si/C Li-Ion 6500 mAh | Berwayar 90W | |
SIM/Telefoni | Dwi SIM Nano /5G | ||
NFC | Ya | ||
Infra Merah | Ya | ||
Kalis Air | IP68/69 | ||
Sistem Imbasan | Imbasan cap jari | Imbasan wajah | |
Harga Jualan | RM3199 (12/512GB) |
Pengalaman Penggunaan
Sebagai pemilik iPhone 14, pengalaman bertukar kepada X200 FE tidak memberikan perubahan yang ketara dari segi saiz dan penggunaan harian. Bahagian sisi terasa padat manakala panel hadapan dan belakang memperlihatkan kemasan yang tersusun rapi. Gabungan bingkai aluminium turut menambah sentuhan berkualiti pada keseluruhan reka bentuk.

Berkenaan warna pula, pilihan yang disediakan menampilkan gaya moden tanpa kilauan yang berlebihan. Saya menerima versi merah jambu lembut dan beberapa individu sempat memuji penampilannya apabila peranti diletakkan di atas meja. Selain itu, vivo menyertakan kerangka lembut percuma sepadan dari segi warna sekaligus menjadikannya pelengkap menarik untuk rekaan keseluruhan. Pun begitu, warna seperti ini sebenarnya mudah memerangkap kotoran khususnya kesan solekan yang tidak disengajakan.

Bonggol kamera menyerupai rekaan model iPhone 16 tetapi bentuknya lebih tebal dan menonjol. Akibatnya, keseimbangan fizikal peranti sedikit terganggu memandangkan saiz keseluruhan yang kecil. Penjenamaan ZEISS pada modul kamera menunjukkan kerjasama dengan jenama tersebut. Oleh itu, sistem kamera peranti berpotensi lebih baik bergantung pada penggunaan dan keperluan pengguna.

Skrin 6.3-inci pada peranti pula mungkin kelihatan biasa padan pandangan awal. Meskipun bersaiz kecil, kemasan yang ditawarkan cukup menonjol dalam kategorinya. Apabila digenggam, struktur fizikalnya terasa tegap menjadikannya selesa digunakan serta memudahkan penggunaan dengan sebelah tangan. Ia menyokong panel AMOLED dengan penghasilan warna yang bermaya manakala bahagian gelap kelihatan pekat seperti yang dijangka daripada teknologi tersebut.

Skrin turut menyokong penstriman Netflix dalam FHD melalui pensijilan Widevine L1 dan HDR10 untuk kandungan terpilih. Kadar segar semula 120Hz disokong berfungsi sebaiknya dengan peralihan animasi, pertukaran aplikasi serta tatalan yang lancar. Terdapat juga ciri Visual Enchancement untuk kecerahan warna dalam aplikasi seperti Netflix dan Youtube. Pengguna turut diberi pilihan antara mod resolusi UHD yang menjimatkan tenaga atau paparan UHD yang lebih jelas bergantung keutamaan serta situasi penggunaan masing-masing.


Susun atur butang dan port pada peranti direka dengan pendekatan yang mudah dikenali. Bahagian kanan, peranti ini menempatkan butang kuasa serta butang laras audio. Bahagian kiri pula tidak mempunyai sebarang port atau butang untuk menjadikannya lebih kemas. Bahagian atas terdapatnya dua lubang mikrofon manakala slot kad SIM, port USB-C dan pembesar suara utama diletakkan di bawah peranti.

Peranti ini menyokong sistem audio stereo dengan satu lagi pembesar suara tambahan di bahagian atas berhampiran ganggang telinga. Walaupun tahap keseimbangan bunyi antara kedua-dua pembesar suara mungkin tidak sepenuhnya seimbang, kualiti audio yang dihasilkan sesuai untuk penggunaan harian. Ia kedengaran jelas dan menyenangkan dengan sebutan yang mudah difahami meskipun pada kelantangan tertinggi.
Penggunaan harian biasa seperti menonton video dan bermain permua menunjukkan tiada isu besar yang mengganggu pengalaman audio. Begitu juga dengan sistem imbasan jari dan wajah yang berfungsi dengan responsif. Ia membolehkan proses nyahkunci peranti dilakukan secara pantas tanpa gangguan. Selain itu, peranti ini melepasi piawaian kalis air IP68 dan IP69.
Perkakasan Dan Perisian
Peranti dilengkapi cip MediaTek Dimensity 9300+ yang dilancarkan pada tahun 2024 namun masih mampu memenuhi keperluan semasa. Penggunaan harian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah lengah masa atau gangguan terhadap kelancaran peranti. Prestasi konsisten ini disokong pula kapasiti memori yang besar sebanyak 12GB RAM bersama storan dalaman 512GB.

Di samping itu, peranti dilengkapi dengan RAM maya sebesar 12GB terbina tanpa kebolehan diubahsuai oleh pengguna seperti yang terdapat pada sesetengah peranti lain. Untuk meningkatkan pengurusan data dan storan, vivo menyediakan tambahan storan mampat 50GB. Ia boleh bantu menjimatkan ruang dengan menyusun semula fail tertentu agar lebih efisien dalam penggunaan storan keseluruhan.
AnTuTu 3D
Cip | Skor |
Dimensity 9300+ | 1,384,721 |
Snapdragon 8s Gen 4 | 2,012,925 |
Mediatek Dimensity 9400e | 2,131,975 |
Dimensity 9400 | 2,629,017 |
Apple A18 Pro | 1,720,751 |
Tensor G4 | 1,016,712 |
Geekbench 6
Cip | Satu Teras | Multi Teras |
Dimensity 9300+ | 1909 | 6560 |
Snapdragon 8s Gen 4 | 2109 | 6858 |
Dimensity 9400e | Tidak boleh dilakukan | 9435 |
Dimensity 9400 | 2663 | 8959 |
Apple A18 Pro | 3359 | 8129 |
Tensor G4 | 1916 | 4644 |
Geekbench AI
Cip | Skor Ketepatan Tunggal | Skor Ketepatan Separuh | Skor Quantized |
Dimensity 9300+ | 1607 | 1534 | 2170 |
Snapdragon 8s Gen 4 | 2124 | 2131 | 3099 |
Dimensity 9400e | 1850 | 1861 | 2629 |
Dimensity 9400 | 1728 | 1740 | 2147 |
Apple A18 Pro | 3975 | 7744 | 6204 |
Tensor G4 | 2058 | 2017 | 3129 |
3DMark Wildlife Extreme
Cip | Skor |
Dimensity 9300+ | 3482 |
Snapdragon 8s Gen 4 | 3480 |
Dimensity 9400e | 5377 |
Dimensity 9400 | 6251 |
Apple A18 Pro | 4560 |
Tensor G4 | 2567 |
Dari sudut pengalaman permua, prestasi peranti secara keseluruhan menunjukkan tahap memuaskan dalam kebanyakan situasi. Peranti mampu menjalankan permainan Honor of Kings (HOK) pada kadar bingkai 60FPS secara stabil walaupun sesekali mungkin turun sekitar 58FPS bergantung pada situasi dalam permainan. Peranti ini turut menyokong mod 120FPS yang dapat dicapai dengan baik melalui tetapan Ultra dalam kebanyakan masa permainan.

Kadar bingkai menunjukkan prestasi stabil dalam situasi biasa namun apabila berlaku pertempuran melibatkan ramai pemain secara serentak, prestasi ini boleh mengalami sedikit penurunan. Dalam keadaan tersebut, kadar bingkai boleh turun sekitar 118FPS dan dalam situasi paling sibuk kiraan terendah bacaan sekitar 115FPS. Penurunan ini maish berapa dalam julat yang boleh diterima dan tidak memberi kesan ketara terhadap keseluruhan pengalaman permainan.
Begitu juga dengan permainan Temple Run 2, prestasi menunjukkan kelancaran yang memuaskan. Peranti memberikan kawalan responsif semasa berlari, melompat dan mengelak halangan. Animasi pergerakan dilihat lancar secara konsisten tanpa gangguan ketara yang boleh menjejaskan pengalaman permainan.
X200 FE menjalankan FunTouch OS 15 berasaskan Android 15. Dari aspek antaramuka, reka bentuknya mengekalkan identiti vivo yang mungkin tidak serasi dengan semua pengguna. Meskipun begitu, versi baharu ini menawarkan sejumlah ciri tambahan yang memberi fokus terhadap peningkatan prestasi dan pengalaman penggunaan lebih selesa dalam tugasan harian.


Fungsi Lightning Speed Engine membantu aplikasi bertindak balas dengan lebih lancar tanpa gangguan. Dalam masa sama, ciri Priority Scheduling memastikan aplikasi yang sedang digunakan diberi keutamaan supaya tidak balasnya lebih pantas dan mesra pengguna. Sistem pengurusan memori melalui Memory Enchancement menggunakan teknologi zRAM bagi menguruskan penggunaan memori dengan lebih cekap lantas meningkatkan prestasi keseluruhan peranti yang lebih efisien.


FunTouch OS 15 turut menawarkan visual yang menarik melalui Origin Animation dan Aqua Dynamic Effect untuk antaramuka lebih menarik. Selain itu, pengguna boleh mengubah antaramuka dan paparan Always on Display mengikut gaya masing-masing. Ciri-ciri menarik lain disertakan merangkumi kesemua yang berikut:
- AI Photo Enhancer – Meningkatkan kualiti gambar secara automatik dengan satu sentuhan.
- AI Erase – Membolehkan objek yang tidak diingini dalam imej dipadam dengan mudah.
- AI Caption – Menjana kapsyen pintar berdasarkan kandungan imej.
- AI Screen Translation – Terjemahan skrin secara langsung untuk kandungan berbilang bahasa.
- Mod Ultra Game – Akses kepada tetapan khusus yang dipertingkatkan untuk prestasi permainan.
- Game Small Window & Split-Screen – Membolehkan dua aplikasi dibuka serentak untuk multi-tugas.
- Live Transcribe – Menukar pertuturan kepada teks secara masa nyata.
- Sound Notifications – Memberi makluman berkaitan bunyi persekitaran untuk kekal peka.
Kamera Dan Kualiti Gambar
Pengalaman kamera yang ditawarkan cukup memuaskan terutamanya mereka yang gemar mengambil gambar dalam pelbagai situasi. Kamera ultra-lebar memberi hasil yang baik tanpa herotan keterlaluan di bahagian tepi. Hasilnya, komposisi dilihat semula jadi menjadikan imej diambil lebih menyenangkan untuk dilihat malahan sesuai untuk perkongsian tanpa perlu suntingan berlebihan.

Terdapat beberapa pilihan profil warna yang boleh dicuba oleh pengguna. Antaranya seperti TEXTURED dengan penghasilan semula imej yang lebih gelap berbanding dua pilihan utama lain. Pun begitu, profil warna ini dilihat memberikan tahap ketajaman serta kontras lebih baik walaupun warnanya kurang tepu.






ZEISS pula memberikan warna yang lebih semula jadi dan hampir menyerupai apa yang dilihat dengan mata kasar meskipun julat dinamik terhad. Sementara itu, VIVID pula menunjukkan penghasilan semula imej yang lebih tepu serta menyerlah terutamanya melibatkan warna yang pekat seperti merah, biru dan sewaktu dengannya. Pun begitu, tona kulit manusia cenderung kekuningan.



Portrait Mode masih menunjukkan kelemahan dalam memisahkan subjek utama daripada latar belakang. Kadangkala sebahagian latar belakang termasuk sekali dalam pemisahan menjadikan gambar kurang kemas apabila dilihat dengan teliti. Kalau diikutkan, masalah ini sama seperti ditemui sewaktu membuat ulasan untuk model V50 Pro. Ia lebih ketara apabila hasil gambar dibesarkan terutamanya di bahagian tepi subjek.



Namun apabila sekadar dilihat seperti biasa, gambar potraitnya masih memuaskan. Cumanya, imej dalam cahaya rendah menunjukkan hasil yang sekadar memadai. Justeru itu, penggunaan Flash dalam kawasan yang terlalu gelap amatlah disarankan dalam masa sama turut boleh bantu mengurangkan kesan hingar dalam gambar. Hasilnya lebih jelas meskipun kadangkala sebahagian kecil seperti tangan mungkin kabur.



Night Mode memberikan hasil yang menarik secara keseluruhan tetapi masih terdapat beberapa aspek wajar diberi perhatian. Kehadiran sumber cahaya terang seperti papan tanda neon atau lampu jalan boleh menjejaskan kualiti imej lantas menyebabkan kesan hingar ketara dalam situasi tersebut. Kalau sebaliknya dengan pencahayaan seimbang, gambar yang dihasilkan nampak kemas bersama penghasilan warna dan kontras yang baik. Ini membolehkan gambar malam nampak semula jadi dan menarik.



Kebolehan zum pula menunjukkan prestasi yang memuaskan terutamanya pada tahap 10X di mana gambar masih tajam dan jelas tanpa kehilangan butiran penting. Selebihnya, kualiti gambar mula menurun dan kelihatan pudar lantas menjejaskan kejelasan visual keseluruhan. Penggunaan waktu malam lebih mencabar disebabkan munculnya hingar yang ketara. Khususnya sewaktu tangkapan teks atau papan tanda bercaahaya menjadikan warna dihasilkan cenderung kelihatan kurang menyerlah.








Setiap gambar yang dijana menggunakan AI seperti melalui fungsi Four Seasons Portrait akan disertakan dengan tera air secara automatik. Ia berfungsi untuk bantu mengenal pasti imej adalah berdasarkan janaan AI sekaligus mengelakkan kekeliruan dengan gambar sebenar dalam konteks penggunaan dan perkongsian di media sosial.
Penggunaan X200 FE memberikan pengalaman yang memuaskan terutamanya bagi mereka yang mengutamakan kebolehan fotografi dalam peranti bersaiz kompak. Meskipun pasca-proses terasa perlahan disebabkan oleh pemprosesan gambar yang kompleks. Hasil akhirnya berkualiti yang mampu memenuhi keperluan pengguna moden.
Bateri Dan Pengecasan
X200 FE hadir dengan bateri berkapasiti 6,500mAh dan sokongan pengecasan pantas 90W. Berdasarkan beberapa sesi penggunaan, prestasi bateri menunjukkan variasi bergantung kepada corak penggunaan harian. Dalam penggunaan berat, peranti mampu bertahan sekitar 18 jam 18 minit dengan SOT selama 6 jam 54 minit. Dalam satu lagi sesi ujian, ia mencatatkan ketahanan sebanyak 17 jam 23 minit dengan SOT selama 6 jam 38 minit. Bagi penggunaan yang lebih ringan, peranti menunjukkan ketahanan sekitar 13 jam 40 minit dengan SOT selama 2 jam 54 minit.

Bateri peranti sesuai digunakan dalam pelbagai situasi sama ada untuk main permua, tontonan video, bermain permua dan lain-lain. Ia turut boleh dicas dengan pantas melalui pengecasan 90W. Kalau bateri habis, pengguna tidak perlu menunggu lama untuk pengecasan semula. Lebih menarik, terdapatnya fungsi bypass charging yang membolehkan telefon digunakan semasa dicas terutamanya ketika permua.

Pesaing Peranti
IQOO Neo10 | Poco F7 | IQOO Neo10 | |||||||||||
6.3″ AMOLED, FHD+, 120Hz, HDR10+ (1216 x 2640) (~461 ppi) | 6.83″ AMOLED FHD+ 120Hz, | Corning Gorilla Glass 7i | (~447 ppi) | 6.78″ AMOLED, 144Hz, 4400 nits | 1260 x 2800 piksel (~453 ppi) | ||||||||
Dimensity 9300+ (4 nm) | 1 x 3.4 GHz Cortex-X4 | 3 x 2.85 GHz Cortex-X4 | 4 x 2.0 GHz Cortex-A720 | Snapdragon 8s Gen 4 (4 nm) | 1 x 3.21 GHz Cortex-X4 | 3 x 3.0 GHz Cortex-A720 | 2 x 2.8 GHz Cortex-A720 | 2 x 2.0 GHz Cortex-A720 | Snapdragon 8s Gen 4 (4 nm) | 1 x 3.21 GHz Cortex-X4 | 3 x 3.0 GHz Cortex-A720 | 2 x 2.8 GHz Cortex-A720 | 2 x 2.0 GHz Cortex-A720 |
Immortalis-G720 MC12 | Adreno 825 | Adreno 825 | |||||||||||
12GB RAM | 12/16GB RAM | 12/16GB RAM | |||||||||||
512GB | 256/512 GB ROM | 256/512GB | |||||||||||
Kamera Utama | 50 MP f/1.9 (lebar) | 50 MP f/2.7 (telefoto), OIS | 8MP f/2.0 (ultra-lebar) | Kamera Utama | 50 MP, f/1.5 (lebar) OIS | 8 MP, f/2.2 (ultra lebar) | Kamera Utama | 50 MP, f/1.8 (lebar), PDAF, OIS | 8 MP, f/2.2 (ultra lebar) | ||||
Kamera Hadapan | 50 MP, f/2.0 | Kamera Hadapan | 20 MP f/2.2 | Kamera Hadapan | 32 MP f/2.5 | ||||||||
IP68/69 | IP68 | IP65/ MIL-STD 810H | |||||||||||
Tiada bicu audio | Tiada bicu audio | Tiada bicu audio | |||||||||||
Audio Stereo | Audio Stereo | Audio Stereo | |||||||||||
Si/C Li-Ion 6500 mAh | Berwayar 90W | 6500 mAh | Berwayar 90W | Si / C Li-Ion 7000 mAh | Berwayar 120W | ||||||||
RM3,199 (12/512GB) | RM1,799 (12/256GB) RM1,999 (12/256GB) |
RM1,999 (12/256GB)RM2,199 (16/512GB) |
Apa Di Dalam Kotak
Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

- 1 x vivo X200 FE.
- 1 x Kepala Pengecas 90W.
- 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
- 1 x Kerangka Silikon Lembut.
- 1 x Manual Pengguna.
- 1 x Pencungkil SIM.
Kesimpulan
X200 FE merupakan sebuah peranti yang menawarkan keseimbangan ciri moden dengan fokus terhadap pengalaman fotografi, prestasi bateri, dan reka bentuk yang kompak. Ia menonjol dari segi kualiti kamera dengan sokongan AI, skrin terang yang responsif, bateri tahan lama serta sistem audio dan keselamatan biometrik yang memuaskan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa batasan teknikal yang perlu diambil kira seperti kelambatan dalam proses pasca-imej, prestasi mod potret dan rakaman malam yang sederhana, serta keupayaan zum yang terhad selepas tahap 10x. Antaramuka Funtouch OS 15 pula mungkin memerlukan sedikit masa dibiasakan penggunaannya oleh bagi pemilik baharu, dan prestasi permainan berat tidak begitu menggalakkan.
Secara keseluruhannya, X200 FE sesuai untuk pengguna yang mencari peranti bersaiz kompak dengan keupayaan fotografi yang bebas, bateri tahan lama, serta fungsi harian yang lancar namun bukan untuk tugasan grafik atau gaming tahap tinggi.
Kelebihan
- Kamera menghasilkan gambar sebaiknya dengan sokongan mod AI untuk suntingan pintar.
- Bateri 6,500mAh dengan pengecasan 90W serta bypass charging untuk penggunaan yang lancar.
- Reka bentuk kompak, selesa digenggam walaupun kamera bersaiz besar.
- Skrin terang, jelas, responsif dan nyata.
- Sistem biometrik yang pantas dan mudah digunakan.
- Funtouch OS 15 lebih baik dari segi animasi serta pengurusan aplikasi.
Kekurangan
- Pasca-proses agak perlahan kerana melibatkan pemprosesan gambar yang kompleks.
- Mod potret dan rakaman malam lemah dalam pemisahan subjek daripada latar belakang.
- Zum maksimum pada 10x selebihnya kualiti imej mula menurun terutama pada waktu malam.
- Funtouch OS mungkin kurang mesra untuk pengguna yang belum biasa dengan ekosistem vivo.
- Prestasi permainan berat tidak begitu mantap, lebih sesuai untuk permainan kasual.
