Malaysia Oversight

Ulasan Samsung SSD 9100 Pro 8TB – SSD Pilihan Untuk PC Bangsawan

By Amanz in October 24, 2025 – Reading time 4 minute
Ulasan Samsung SSD 9100 Pro 8TB – SSD Pilihan Untuk PC Bangsawan


Salah satu aspek yang sering dititikberatkan apabila anda membeli komputer ataupun konsol permainan di zaman moden ini ialah keperluan untuk storan yang banyak. Tidak kira peranti yang dibeli, komputer dengan jumlah storan yang besar dan pantas akan mengurangkan kerisauan berkenaan pemasangan perisian dan juga penyimpanan pelbagai jenis data seperti gambar, audio, video dan lain-lain.

batch Samsung 8TB SSD

Baru-baru ini kami telah diberi peluang untuk menguji storan SSD terbaru keluaran Samsung, iaitu Samsung SSD 9100 Pro yang akhirnya hadir dengan pilihan storan sebesar 8TB yang boleh digunakan dalam pelbagai

Spesifikasi Dan Rekaan

Jadi ini bukanlah kali pertama storan Samsung SSD 9100 Pro diperkenalkan. Model-model sebelum ini hadir dengan penawaran storan 1TB, 2TB dan 4TB, dan kini, model yang terbesar akhirnya sudahpun tiba ke pasaran tempatan, dan ia merupakan penawaran kapasiti storan SSD terbesar yang ditawarkan oleh Samsung sekarang.

Selain daripada kapasiti storan SSD ini, spesifikasi lain yang dapat diperlihatkan pada SSD ini termasuklah rekabentuk dan saiznya, yang merupakan sebuah storan SSD M.2 2280 bersaiz “penuh” yang boleh dimuatkan pada pelbagai papan induk komputer desktop moden, dan juga konsol permainan seperti Sony PlayStation 5, Xbox Series X/S dan juga konsol PC mudah-alih ASUS ROG Xbox Ally X yang baru hadir ke pasaran baru-baru ini.

image 61

Dari segi komponen yang digunakan pada storan ini pula, cip NAND yang digunakan pada Samsung SSD 9100 Pro ini ialah cip storan flash Samsung TLC (V8) 236 lapis dengan jumlah storan 1TB pada setiap cip, dengan tindanan 2 cip untuk setiap bahagian storan.

Pada model 8TB ini, anda akan dapat memperlihatkan empat tindanan cip NAND, dua di bahagian atas dan belakang storan SSD ini untuk mendapatkan kapasiti 8TB tersebut. Secara lazimnya kebanyakan SSD yang hadir dengan penawaran kapasiti 2TB-4TB akan hadir dengan tindanan cip storan NAND pada bahagian atas sahaja, tetapi untuk model ini, kerana kapasitinya, ia diperlihatkan di kedua-dua belah bahagian papan litar storan ini.

batch Samsung 8TB SSD 3
batch Samsung 8TB SSD 4

Dari segi prestasi, yang mana saya akan perlihatkan nanti, tiada kekurangan yang dapat diperlihatkan, tetapi bergantung kepada bagaimana bahagian storan pada papan induk komputer ataupun peranti permainan direka, terdapat kebarangkalian bahawa storan sebegini akan lebih sukar untuk dipasang.

Setakat ini, kami lihat bahawa storan ini boleh sahaja digunakan pada papan induk komputer dan juga ruang storan SSD sebuah konsol Sony PlayStation 5/5 Pro tanpa masalah, dan kelak kami akan mengemaskini artikel ini juga dengan penggunaan pada konsol mudah-alih ASUS ROG Xbox Ally X.

Prestasi

Sebagai sebuah storan yang memanfaatkan teknologi penghantaran data PCIe 5.0, Samsung SSD 9100 Pro ini hadir dengan kadar pembacaan data yang sangat pantas sekali. Dalam ujian-ujian kami, kadar pembacaan dan penulisan data yang diperlihatkan adalah tersangat pantas.

Untuk ujian penanda-aras ini, spesifikasi komputer yang kami gunakan termasuklah CPU AMD Ryzen 9 9800X3D, papan induk AORUS B850 Elite Master dan memori DDR5 G.Skill Trident Z5 Neo RGB 64GB dalam konfigurasi 32GBx2 menggunakan dua slot memori.

image 64 edited

Dalam ujian CrystalDiskMark, storan ini memperlihatkan kadar pembacaan dan penulisan data berterusan sepantas 14.7 GB/s dan 13.3 GB/s dan pembacaan dan penulisan rawak 800MB/s dan 678MB/s yang merupakan prestasi yang sangat baik sekali.

Selain daripada itu, ujian penulisan data DiskBench pula memperlihatkan kelajuan penghantaran data kira-kira 3GB/s untuk menghantar folder yang mengandungi 200GB fail dengan pelbagai saiz dari storan lain ke storan Samsung ini.

image 62

Sewaktu ujian pembacaan/penulisan data ini, storan Samsung SSD 9100 Pro ini juga memperlihatkan suhu maksima 94 darjah Celcius. Tetapi perlu diingatkan bahawa suhu tinggi ini hanyalah apabila ujian penanda-aras sebegini dilakukan. Storan ini memperlihatkan suhu minima kira-kira 35-40 darjah Celcius dan akan meningkat secara mendadak, tetapi secara lazimnya pada tahap kira-kira 70-75 darjah Celcius apabila ia perlu membaca/menulis data.

Suhu-suhu sebegini adalah biasa untuk storan SSD PCIe 5.0 kerana kadar pembacaan dan penulisan data yang tinggi, dan kebiasaannya, untuk menyejukkan storan ini ia akan hadir dengan heatsink untuk mengalirkan haba dari komponen cip NAND, tetapi storan yang dihantar kepada kami tidak mempunyai pilihan ini.

image 63

Storan ini juga secara teknikalnya boleh sahaja digunakan pada papan induk yang menyokong teknologi penghantaran data PCIe 4.0, tetapi perlu diingatkan bahawa kelajuan pembacaan dan penulisan data juga akan setaraf dengan apa yang mampu dihasilkan oleh teknologi tersebut.

Penutup

Pada harga RM4239 untuk model tanpa penyejuk dan RM4269 untuk model dengan penyejuk pasif, Samsung SSD 9100 Pro 8TB ini hadir dengan tanda harga yang sangat mahal sekali. Malah, saya akan katakan bahawa melainkan anda membina atau memiliki sebuah komputer yang boleh memanfaatkan kelajuan yang ditawarkan oleh sambungan PCIe 5.0, anda mempunyai beberapa pilihan storan SSD 8TB yang lebih mampu milik di pasaran sekarang.

batch Samsung 8TB SSD 2

Akan tetapi, jika anda mempunyai sebuah komputer kelas premium yang boleh memanfaatkannya , Samsung SSD 9100 Pro adalah salah satu daripada pilihan storan paling premium yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang untuk menaiktarafkan komputer anda ke tahap seterusnya.

Pro:

  • Storan 8TB dalam satu storan SSD
  • Kadar pembacaan dan penulisan data setinggi 14GB/s sekiranya papan induk menyokongnya
  • Boleh digunakan dalam pelbagai jenis komputer dan peranti yang menyokong format M.2 2280

Kontra

  • Tanda harga kelas bangsawan
  • Suhu operasi lebih tinggi berbanding storan PCIe 4.0



Source link