Malaysia Oversight

Ulasan Oppo Reno15 – Gaya Sama Kualiti Berbeza

By Amanz in January 14, 2026 – Reading time 8 minute
Ulasan Oppo Reno15 – Gaya Sama Kualiti Berbeza


Oppo Reno15 sudah rasmi di Malaysia dan sekali lagi saya diberi peluang untuk menilai pengalaman penggunaan peranti ini dengan lebih menyeluruh. Fokus utama masih tertumpu pada sistem kamera, namun kali ini diberikan nafas baharu khusus untuk bahagian swafoto.

OPPO Reno15 MY 18

Dari segi reka bentuk, Reno15 turut menonjolkan sentuhan baharu bermotifkan Aurora yang menambah daya tarikan visual. Namun bagaimana pula dengan aspek lain? Adakah ia benar-benar berbaloi dengan nilai yang ditawarkan? Teruskan membaca ulasan penuh ini.


Spesifikasi Peranti

OPPO Reno15 5G
Skrin AMOLED, 1B colors, 120Hz, HDR10+ 6.59-inci 1256 x 2760 pixels (~460 ppi density) Corning Gorilla Glass 7i
Pemproses Snapdragon 7 Gen 4 (4 nm)
Cip 1 x 2.8 GHz Cortex-720 4 x 2.4 GHz Cortex-720 3 x 1.8 GHz Cortex-520
Cip Grafik Adreno 722
RAM 12GB RAM LPDDR5X RAM Maya (+12GB RAM)
Muatan Dalaman 512GB UFS 4.0
Kamera Utama 50 MP, f/1.8 (lebar), PDAF, OIS 50 MP, f/2.8, (telefoto), PDAF, OIS, 3.5x optical zoom 8 MP, f/2.2 (ultra-lebar)
Kamera Depan 50 MP, f/2.0 (ultra-lebar)
Bateri 6500 mAh 80W berwayar
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano /5G
NFC Ya
Infra Merah Ya
Kalis Air IP68/69
Sistem Imbasan Imbasan cap jari Imbasan wajah
Harga Jualan RM1999 (12+256 GB) RM2399 (12+512 GB)

Pengalaman Penggunaan

Secara jujur, pengalaman penggunaan peranti ini secara keseluruhan hampir sama dengan generasi sebelumnya iaitu Reno14 Pro. Dari segi reka bentuk, tubuhnya menyerupai Reno14 Pro namun yang menjadikannya lebih menarik ialah pendekatan Oppo yang memilih untuk menjadikan versi standard lebih besar berbanding versi Pro.

OPPO Reno15 MY 10

Saya juga berkesempatan memegang Reno15 Pro yang bertubuh lebih kecil dan dirasakan lebih kukuh. Meskipun demikian, kedua-duanya tetap memberikan pengalaman penggunaan yang selesa. Telefon pintar ini hadir dengan tubuh yang sebahagiannya rata dengan sisi melengkung, dipadankan dengan modul kamera berbentuk segi empat yang menempatkan tiga lensa berbeza.

OPPO Reno15 MY 9

Reka bentuk peranti ini menyerupai konsep , namun Oppo memberikan sentuhan tersendiri. Setiap sudut dibentuk dengan lengkungan rapi untuk mengurangkan tekanan pada tapak tangan, sekali gus menjadikan peranti lebih selesa digenggam. Unit ulasan ini hadir dalam warna Dancing Aurora yang nampak menarik kerana berubah mengikut pantulan cahaya. Kemasan tersebut turut tahan daripada kotoran cap jari hasil teknologi Oppo Glow.

OPPO Reno15 MY 2

Ketahanan turut menjadi aspek utama Reno15 dengan perlindungan paparan Corning Gorilla Glass 7i serta penarafan IP68/IP69 yang melindungi daripada habuk dan pancutan air bertekanan tinggi. Selain itu, ia dilengkapi IR Blaster untuk sokongan kawalan peralatan rumah, port USB Type-C serta pengimbas cap jari dalam skrin bagi meningkatkan keselamatan.

OPPO Reno15 MY 8

Reno15 mungkin hadir dengan saiz yang ringkas namun ia tetap mengekalkan kualiti tontonan. Peranti ini dilengkapi panel AMOLED FHD+ 6.57 inci dengan kadar segar semula 120Hz, sokongan HDR10+ serta kecerahan puncak sehingga 1,200 nits. Paparannya jelas serta mampu mengekalkan keseragaman warna dari pelbagai sudut. Tahap kecerahan yang tinggi turut memastikan skrin mudah dibaca walaupun di bawah cahaya matahari terik.

OPPO Reno15 MY 7 1

Selain itu, peranti hadir dengan pembesar suara stereo yang pada pandangan saya kurang memuaskan kerana bahagian bawah kedengaran lebih kuat berbanding bahagian atas, sesuatu yang lazim berlaku. Namun begitu, ada kalanya bunyi kedengaran agak kosong. Walaupun ia mampu menghasilkan audio yang lantang, kualitinya tetap sedikit terjejas akibat gangguan pada tahap tertentu.


Perkakasan Dan Perisian Dalaman

Peranti ini hadir dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang digabungkan bersama memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Peranti ini turut menawarkan fungsi tambahan yang membolehkan sebahagian ruang storan digunakan untuk mengembangkan kapasiti RAM apabila diperlukan. Melalui ciri ini, Reno15 menyediakan RAM maya sehingga 12GB yang boleh diubah mengikut kesesuaian sama seperti beberapa model Oppo lain. Namun begitu, storan dalaman tidak boleh dikembangkan yang menjadikan pengguna terikat sepenuhnya dengan kapasiti 512GB yang tersedia.

AnTuTu 3D

Peranti Skor
Oppo Reno15 1,412,018
Oppo Reno14 Pro 1,437,541
Honor 400 Pro 1,861,573
Xiaomi 15 2,341,598
Samsung Galaxy S25 Ultra 1,946,864
Oppo Find X8 Pro 2,629,017
16 Pro Max 1,720,751
Google Pixel 9 Pro XL 1,016,712

Geekbench 6

Peranti Satu Teras Multi Teras
Oppo Reno15 1280 3857
Oppo Reno14 Pro 1615 6174
Honor 400 Pro 12024 6083
Xiaomi 15 2918 8917
Samsung Galaxy S25 Ultra 2957 9435
Oppo Find X8 Pro 2663 8959
16 Pro Max 3359 8129
Google Pixel 9 Pro XL 1916 4644

3DMark Wildlife Extreme

Cip Skor
Oppo Reno15 2082
Oppo Reno14 Pro 3780
Honor 400 Pro 4467
Xiaomi 15 Tidak boleh dilakukan
Samsung Galaxy S25 Ultra 6135
Oppo Find X8 Pro 6251
Apple 16 Pro Max 4560
Google Pixel 9 Pro XL 2567

Pengalaman penggunaan menunjukkan sebahagian besar aktiviti dan aplikasi harian berjalan dengan lancar serta memuaskan. Tatalan terasa lebih responsif khususnya apabila skrin 120Hz diaktifkan. Namun begitu, seperti kebiasaannya kadar segar semula tinggi memerlukan lebih banyak tenaga bateri. Terdapat juga sedikit isu apabila aplikasi Spotify tiba-tiba berhenti berfungsi sehingga skrin menjadi kosong.

Keadaan ini hanya berlaku sekali dan dapat diatasi dengan menyegarkan semula skrin utama tanpa menutup aplikasi di latar belakang. Selepas itu, peralihan animasi ketika bertukar aplikasi kekal lancar tanpa gangguan manakala proses muat turun aplikasi pula berjalan pantas dengan isu kecil yang hanya berlaku sekali sepanjang penggunaan.

OPPO Reno15 MY 3

Dari segi pengalaman bermain permua, tahap prestasi berada pada tahap yang baik dalam kelasnya. Sistem tidak menunjukkan masalah kegagalan berfungsi, malah pengalaman keseluruhan terasa menyeronokkan kerana prestasi kekal stabil dan memuaskan.

Peranti turut menjalankan perisian baharu ColorOS 16 yang sebelum ini digunakan pada model mercu Find X9 Pro. Pengalaman penggunaannya adalah sama seperti yang pernah saya nyatakan dalam ulasan terdahulu, iaitu sangat lancar. Warna ikon masih kelihatan ceria serta disusun dengan kemas. Manakala, peralihan animasi antara aplikasi juga berjalan lancar sehingga memberikan keselesaan semasa navigasi.

OPPO Reno15 MY 1

Ciri seperti Flux Themes masih dikekalkan bersama beberapa fungsi AI yang memudahkan urusan harian pengguna. Antaranya ialah AI Mind Space yang membolehkan pelbagai maklumat penting disimpan secara automatik dengan hasil yang relevan. Fungsi ini berfungsi dengan baik meskipun tidak semua pengguna akan memanfaatkannya sepenuhnya. Namun, seperkara perlu dinyatakan bahawa peranti ini tidak dilengkapi butang Snap Key seperti model X9 Pro.

OPPO Reno15 MY 6

Terdapat juga AI Suggest yang memberikan cadangan pintar berdasarkan aktiviti semasa seperti kerja dan hiburan. Malah, ia berjaya mengesan corak penggunaan saya dengan baik, misalnya mencadangkan nota ketika saya membuka aplikasi kerja. Seterusnya, AI Assistant for Notes membantu meringkaskan nota agar lebih kemas dan mudah dirujuk sekali gus menjadikan ciri ini sangat berguna untuk catatan ringkas.

Ulasan OPPO Reno15 MY 001

AI Recording mampu menjana ringkasan daripada rakaman suara seperti mesyuarat atau temu bual. Namun, kadangkala terdapat maklumat yang tertinggal sekiranya perbualan terlalu kompleks. Akhir sekali, AI Voice Transcribe boleh menukar suara kepada teks secara automatik. Walaupun begitu, setelah saya mencubanya, ketepatannya masih kurang khususnya ketika digunakan dalam panggilan video seperti di Telegram.

Ulasan OPPO Reno15 MY 002
Ulasan OPPO Reno15 MY 003

ColorOS 16 sememangnya kelihatan menarik kerana banyak diberikan nafas baharu. Malah, Oppo turut menawarkannya terus kepada peranti kelas pertengahan selepas model mercu mereka. Dari pengalaman penggunaan, saya mendapati sistem ini memberikan kelancaran yang baik serta menampilkan beberapa ciri baharu yang menambah nilai kepada keseluruhan pengalaman.

Namun begitu, perkara yang masih belum diselesaikan dengan sebaiknya ialah masalah iklan. Iklan ini kerap muncul pada waktu yang tidak diperlukan dan kebanyakannya tidak relevan dengan keperluan saya sebagai pengguna. Oleh itu, hal ini sedikit sebanyak menjejaskan pengalaman keseluruhan kerana ia mengganggu aliran penggunaan harian.


Kamera Dan Kualiti Gambar

Pengalaman saya menggunakan kamera Reno15 secara keseluruhan memberikan hasil yang memuaskan bergantung pada keadaan. Warna yang dihasilkan oleh kamera utama kadangkala mempunyai kontras yang agak tinggi, manakala tahap ketepuan pula bergantung pada pencahayaan. Sekiranya pencahayaan terkawal, warna kelihatan lebih tepu sebaliknya dalam keadaan lain, ia nampak lebih semula jadi.

IMG20260104195028
IMG 20251222 211437 1
IMG 20251222 211043 1
IMG20251220210146 1
IMG20260104204326
IMG20260104204849 1
IMG20260104213052 1
IMG20260104212012

Autofokus pula kurang memberangsangkan kerana subjek yang bergerak sukar ditangkap dengan baik, manakala pilihan penuras masih sama seperti model sebelumnya. Hasil gambar pada waktu malam atau dalam keadaan malap sekadar memuaskan dan tetap bergantung pada pencahayaan. Namun begitu, kamera masih mampu mengurangkan isu lampu yang terlalu terang khususnya pada lampu berwarna-warni. Selain itu, tahap hingar juga terkawal serta tidak terlalu ketara.

IMG20260104132754
IMG 20251222 210953
IMG 20251222 211234
IMG 20251222 211737
IMG 20251222 210300 1
IMG 20251222 212059
IMG 20260105 173635 1
IMG20260104133437 1

Apabila menggunakan 50MP Mode, kualiti gambar kelihatan lebih tajam serta mampu mengesan subjek dengan baik selagi subjek tidak bergerak terlalu pantas. Warna yang dihasilkan tampak lebih semula jadi, tidak terlalu kusam dan tidak pula terlalu tepu. Selain itu, pencahayaan terang masih terjaga dengan baik.

IMG 20251222 211125
IMG 20251222 212350 1
IMG 20251222 212414 1
IMG 20251220 161901

Dalam Potrait Mode, suhu warna memainkan peranan penting terhadap tona kulit subjek kerana jika pencahayaan terlalu kuning, tona kulit akan kelihatan sedikit kekuningan. Bokeh yang dihasilkan pula sedap dipandang serta berjaya memisahkan subjek daripada latar belakang dengan baik di samping isu bayangan ganda yang minimum.

IMG 20260105 173603
IMG20260104151125 01
IMG 20260105 173824

Jika latar belakang mempunyai pencahayaan yang terlalu terang, terdapat sedikit kecacatan pada edge detection. Walaupun begitu, kecacatan tersebut hanya ketara apabila diperhatikan dengan teliti dan tidak begitu jelas dengan mata kasar. Untuk mendapatkan hasil bokeh yang lebih menarik, jarak antara subjek dan latar belakang serta penggunaan zum 2x atau 3x memberikan kesan yang lebih baik.

IMG 20260105 173712
IMG 20260109 190054
IMG20260104210445 1

Kualiti mod swafoto hampir menyerupai kamera belakang dengan hasil yang tajam. Mod swafoto ultra-lebar juga tidak menampakkan kesan fisheye yang keterlaluan, wajah subjek tidak begitu cengkung dan kualiti pada setiap bucu gambar masih kekal tajam. Bagaimanapun, isu tona kulit masih sama seperti mod lain apabila suhu warna tidak terkawal dan hal ini menjadikannya antara kekurangan ketara untuk mod swafoto.

IMG20251218110234 1
IMG20250103081405
IMG20251218122013
IMG20251218122036 1
IMG20251218122119
IMG20260102152811 1
IMG20260104203917

Selain itu, pasca-proses masih mempunyai sedikit lengah masa, manakala pilihan penuras agak ringkas dan masih mengekalkan tiga pilihan lama iaitu firework, silhouette dan stage. Bagaimanapun, fungsi baharu iaitu Pop-Up Mode cukup menarik kerana ia sesuai digunakan oleh mereka yang ingin memuat naik gambar ke story media sosial tanpa perlu menggunakan aplikasi lain untuk menghasilkan kolaj.

IMG 20260105 081719
IMG 20260105 081104
IMG 20251218 113122

Keseluruhan keadaan ini membuktikan bahawa peranti ini mampu memberikan prestasi yang memuaskan dalam kebanyakan situasi, khususnya dari segi kualiti gambar pada mod 50MP dan potret. Walaupun terdapat beberapa kelemahan seperti isu autofokus serta tona kulit yang terjejas oleh pencahayaan tertentu, peranti ini masih menawarkan ciri-ciri menarik yang sesuai digunakan untuk keperluan harian dan perkongsian di media sosial.


Bateri Dan Pengecasan Pantas

Bateri yang digunakan berkapasiti 6500mAh serta menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 80W. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan peranti ini, prestasi baterinya sangat memuaskan kerana ia mampu menyokong penggunaan aktif sepanjang hari dalam kelasnya. Kebanyakan bacaan SOT yang saya dapat melebihi 10 jam dengan penggunaan harian biasa, sekali gus menunjukkan tahap ketahanan bateri yang baik.

Dalam satu keadaan, saya berjaya mencapai SOT selama 13 jam 3 minit dengan ‘Screen Off’ selama 2 jam 51 minit. Pada keadaan lain pula, bacaan SOT mencatatkan 10 jam 23 minit, manakala dalam satu lagi penggunaan saya memperoleh 10 jam 37 minit. Ada juga catatan paling rendah sekitar 5 jam 30 minit. Kesemua rekod ini membuktikan bahawa bateri peranti bukan sahaja tahan lama, malah konsisten dalam menyokong pelbagai corak penggunaan.

OPPO Reno15 MY 4

Selain itu, pengecasan pantas 80W turut memberikan kelebihan kerana ia mampu mengurangkan masa menunggu untuk mengisi semula bateri. Hal ini menjadikan pengalaman penggunaan lebih praktikal khususnya bagi mereka yang aktif menggunakan peranti. Secara keseluruhannya, saya mendapati prestasi bateri peranti berada pada tahap yang memuaskan serta sesuai untuk kegunaan harian yang intensif.


Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

  • 1 x Oppo Reno15 5G.
  • 1 x Kepala Pengecas 80W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka Silikon.
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pencungkil SIM.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, pengalaman menggunakan Reno15 menunjukkan bahawa ia merupakan sebuah peranti yang seimbang dengan beberapa penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya. Kamera menjadi fokus utama dengan peningkatan pada sokongan swafoto lebih jelas dan sesuai untuk kegunaan media sosial. Manakala, kamera utamanya dilihat menghasilkan warna dengan kontras tinggi serta tahap ketepuan yang bergantung pada pencahayaan.

OPPO Reno15 MY 19

Reno15 berbaloi dimiliki oleh pengguna yang mementingkan paparan berkualiti, kamera swafoto mantap dan rekaan bergaya. Ia juga sesuai untuk mereka yang aktif di media sosial. Sistem audionya masih boleh diperbaiki namun keseluruhan pakej yang ditawarkan menjadikan Reno15 sebuah pilihan yang bernilai dalam kelasnya. Dari sudut harga pula, meskipun penilaian boleh dianggap subjektif, ia berada pada tahap yang sedikit tinggi berbanding jangkaan sesetengah pengguna.


Kelebihan

  • Reka bentuk ergonomik dengan kemasan Aurora bergaya.
  • Paparan AMOLED terang, jelas, dan tatalan lancar.
  • Cip pemprosesan berprestasi baik dalam kelasnya.
  • Kamera swafoto lebih baik, gambar jelas dan sesuai untuk media sosial.
  • Kamera utama berkontras tinggi, warna kadangkala nampak semula jadi ikut pencahayaan.
  • Perlindungan IP68/IP69 menjadikan peranti lebih tahan lasak.
  • Bateri tahan lama dengan sokongan pengecasan pantas.

Kontra

  • Audio stereo kurang seimbang.
  • Warna kamera utama kadangkala terlalu tepu dalam pencahayaan tertentu.
  • Terdapat masalah iklan yang mengganggu pengalaman penggunaan.
  • Harga agak tinggi, walaupun penilaian boleh dianggap subjektif.
Skor Oppo Reno 15 5G



Source link