Malaysia Oversight

ULASAN l Bukan penghujung, cuma selekoh, kata pejuang reformasi

By MkiniBM in May 26, 2025 – Reading time 2 minute
ULASAN l Bukan penghujung, cuma selekoh, kata pejuang reformasi


ULASAN l Terima kasih atas mereka yang menghantar mesej untuk bertanyakan khabar kepada saya. Mustahil, jika saya kata, saya tidak kecewa, tetapi saya tidak rasakan kepahitan ataupun kemarahan.

Saya telah menghabiskan lebih separuh hayat saya bersama . Pada usia 19 tahun, saya membantu parti apabila ia jauh daripada popular.

a7109252545e8a37f6b8df2db2861233

Beberapa bulan selepas bekerja sebagai eksekutif di PNB, saya membuat keputusan untuk membayar balik biasiswa yang saya ambil semasa belakar di UK saya dan bekerja sepenuh masa untuk Ibrahim, manakala rakan seperjuangan saya memulakan kerjaya korporat mereka.

Pada 2008, kekurangan calon. Setelah memulakan projek tuisyen di flat kos rendah di PJ, saya bertanding di kerusi DUN Seri Setia – tempat projek itu terletak. Kami mengejutkan ramai yang begitu ragu-ragu dan saya menjadi calon termuda. Kami beraya melakar sejarah dan berjaya ditumbangkan di buat kali pertama.

Lima tahun kemudian, kami gagal memperoleh majoriti kerusi mencukupi di Parlimen untuk menubuhkan kerajaan meskipun mendapat undi popular.

Apabila dan Rafizi Ramli meminta saya menempah stadium untuk perhimpunan Black505, saya bersetuju tanpa ragu-ragu. Selama lima tahun, saya naik turun mahkamah akibat pertuduhan yang difailkan terhadap saya atas tindakan berkenaan.

60af86f49d04af334fa5788ac6049246

Apabila dihumban ke penjara, kami menganjurkan himpunan KitaLawan. Ia bermula dengan hanya segelintir daripada kami belia yang degil dan gila, tetapi menjadi gerakan utama sehingga menyaksikan kami juga dimasukkan ke dalam lokap selama beberapa hari.

Pada 2018, saya bertanding di kerusi kubu parlimen di Setiawangsa. Kami berkempen dengan mesej bahawa memenangi kerusi itu bermakna PH akan menawan .

Kedua-duanya menjadi kenyataan pada 2018. Kemudian, kami dilgambarkan sebagai penyokong yang bising, yang hanya mahu memastikan janji Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar akan direalisasikan.

Saya sentiasa didorong oleh idea bahawa Malaysia hanya boleh merealisasikan janjinya melalui politik progresif. Untuk mencapainya merupakan politik baharu untuk generasi kita, politik yang tidak berakar pada pandangan kaum atau agama yang sempit.

5bea558857f9149f6b2bc1c1ddb1a5ac

Saya bertuah kerana diberi keistimewaan untuk berkhidmat pada usia yang sangat muda. Saya juga dikurniakan persahabatan dengan ramai rakyat Malaysia biasa yang menyokong perjuangan kami.

Ini bukan penghujung, sebaliknya selekoh di liku-liku dalam perjalanan yang panjang. Allah adalah sebaik-baik perancang.


NIK NAZMI NIK AHMAD adalah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Bekas ketua Pemuda (AMK) itu bagaimanapun gagal mempertahankan jawatan naib presiden parti yang dimenanginya pada 2022.

Selain itu, dia juga tewas dalam mempertahankan jawatan ketua cabang PKR Setiawangsa kepada pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki.

Artikel ini asalnya dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Ia pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



Source link