Malaysia Oversight

ULASAN | Hamzah Zainudin – panglima perang tanpa medan

By MkiniBM in July 7, 2025 – Reading time 3 minute
ULASAN | Hamzah Zainudin - panglima perang tanpa medan


Saya masih ingat, sewaktu perbahasan di dewan rakyat berkenaan status enam ahli parlimen Bersatu yang menukar sokongan kepada PMX, ketua pembangkang berdiri dan berhujah.

Dari perbahasan itulah, saya mula memberi perhatian kepada ahli politik bernama Hamzah Zainudin. Sebelum tu, saya tak peduli siapa dia.

Ketika itu saya kira hujah beliau cukup garang, tajam dan mengesankan. Hujah Hamzah tak banyak retorik dengan menggunakan bahasa bombastik sebaliknya hujah beliau ‘straight forward’ kepada isu yang dibahaskan. Senang faham dan tak berbelit-belit.

Namun, sejak dipilih sebagai ketua pembangkang, Hamzah nampaknya hanya dilihat garang di dewan rakyat, tetapi diluar dewan, beliau kelihatan lesu dan tidak mampu mengaum seperti mana tajamnya hujah beliau di dewan rakyat seperti sebelumnya. Kenapa?

Untuk memahami senario ini, kita semak watak-watak ketua pembangkang parlimen yang terdahulu seperti Tan Sri Lim Kit Siang atau Ibrahim.

Watak ketua pembangkang ini bukan saja kuat ‘mengaum’ di parlimen, tetapi cukup garang di luar dewan rakyat atau parlimen.

8f52ba6e50a7cb003eeabe5c85ffa034

Karektor watak ini bukan sahaja mampu mengemudi arah tuju parti semasa bersidang di parlimen, tetapi mereka mengemudi keseluruhan suara pembangkang di medan rakyat. Kenapa? Jawapannya cukup jelas iaitu kerana ketua-ketua pembangkang ini mendapat dukungan kuat dari pimpinan partinya sendiri.

Tetapi mengapa Hamzah tidak ‘lead’ suara rakyat di lapangan sepertimana ketua-ketua pembangkang terdahulu? Adakah Hamzah hanya jaguh kampung yang berani berkokok dalam reban tetapi menikus di luar kampung?

Atau, adakah beliau sebagai ketua pembangkang sebenarnya tidak mendapat dukungan presiden dan pimpinan partinya sendiri untuk dia benar-benar memimpin dan mengaum?

Sekiranya beliau tidak mendapat sokongan dari presiden atau pimpinan parti dan PN, masakan PN menamakan Hamzah sebagai ketua pembangkang? Tak logik.

1f440ce42843cb398440c39dc7412d93

Justeru, kita patut bertanya, apa sebenarya yang ‘memasung’ Hamzah selaku ketua pembangkang yang dipilih, untuk mengemudi keseluruhan parti pembangkang dan menggembling suara rakyat?

Timbul satu lagi persoalan, adakah kepimpinan partinya meragui kemampuan ketua pembangkang yang mereka pilih sendiri? Atau adakah memang sengaja membiarkan ketua pembangkang sekadar membangkang di dewan untuk memenuhi keperluan formaliti sahaja, “buat bagi ada” kata orang kampung.

Artikel lalu saya dah nyatakan bahawa ketika ini, saat ini, rakyat memerlukan ketua yang berani, bukan ketua yang bernostalgia dengan masa lalu.

Sekiranya parti pembangkang mahu rakyat bersama mereka, mahu rakyat berani menunjukkan sokongan kepada mereka, mahu rakyat berani bersuara atau mahu rakyat berani berhimpun, maka kepimpinan parti itu sendiri terlebih dahulu perlu berubah sikap menjadi berani.

4d4cac877e16afc79e65f37e064feccc

Konteks persoalan ini cukup jelas – pembangkang perlu kuat dengan memastikan Ketua Pembangkang diberi sokongan yang padu untuk mengemudi suara rakyat. Lihat sebagai contoh, mereka teguh di belakang walaupun pada suatu masa Azizah adalah presiden , bukan .

Kita perlu muhasabah, peranan ketua pembangkang tidak boleh hanya dihadkan di dewan rakyat, tetapi harus diberi mandat yang kuat untuk dia mengemudi keseluruhan suara rakyat, melawan hipokrasi politik Anwar Ibrahim.

Jika ada di kalangan pemimpin pembangkang beranggapan bahawa peranan ketua pembangkang hanya terhad di parlimen, bermakna mereka ini melihat demokrasi dengan biji mata yang juling.

Dengan memilih Hamzah sebagai ketua pembangkang, tetapi menghadkan peranannya hanya di dewan rakyat, samalah dengan melantik seorang panglima perang tanpa medan untuk dia mengemudi dan bertempur mencari kemenangan.

Jika ini berlaku dan dibiarkan, ini namanya kita semua sedang membuat kerja yang sia-sia.


MAHDZIR IBRAHIM ialah ahli Bersatu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link