Malaysia Oversight

Ulasan CMF Phone 2 Pro – Ada Peningkatan, Ada Pengorbanan

By Amanz in May 27, 2025 – Reading time 7 minute
Ulasan CMF Phone 2 Pro – Ada Peningkatan, Ada Pengorbanan


Ulasan CMF Phone 2 Pro – Ada Peningkatan, Ada Pengorbanan

May 27, 2025

Nur Amzari

CMF Phone 2 Pro adalah penawaran terbaru daripada CMF dalam kelas pertengahan. Kali ini banyak penambahbaikan yang diberi berbanding dengan model terdahulu namun dengan adanya penambahbaikan ini adakah CMF Phone 2 Pro ini cukup berbaloi di dalam kelasnya.

Spesifikasi dan Rekaan

CMF Phone 2 Pro
Skrin 6.77″ AMOLED  1080×2392 pixel, 120Hz, 3000 nits, HDR10+
Pemproses Mediatek Dimensity 7300 Pro (4nm)
Cip 4×2.5 GHz Cortex-A78 4×2.0 GHz Cortex-A55
GPU Mali-G615 MC2
RAM 8GB LPDDRR4x 8GB Memori maya
Storan 128/256 GB UFS 2.2
Kamera Utama 50MP f/1.8, EIS (Sudut Lebar) 50MP f/1.8 (Telephoto 2X) 8MP f/2.2, (Ultra lebar)
Kamera Hadapan 16 MP f/2.4
Bateri 5000 mAh Pengecasan berwayar 33W
SIM/Telefoni Dwi SIM/5G
NFC Ya
Bicu Audio Tiada
Kalis Air IP54
Sistem Imbasan Cap jari bawah skrin Imbasan wajah
Harga RM 1199 (8/256GB)

Rekaan pada CMF Phone 2 Pro ini agak berbeza dengan CMF Phone 1 dahulu. Panel di bahagian belakang ini sudah tidak boleh dicabut dan tukar dengan warna yang lain. Meskipun panel belakang ini tidak boleh dicabut ia masih lagi mempunyai skru untuk memasang aksesori baharu seperti panel belakang dengan magnet, lensa mata ikan, lensa makro dan dompet tapi ke semua aksesori ini tidak ditawarkan di Malaysia, hanya tali lanyard sahaja yang ditawarkan. 

CMF2Pro 11

Bagi saya, CMF Phone 2 Pro ini kehilangan sedikit identiti CMF apabila panel belakang tidak boleh ditukar ditambah pula dengan aksesori yang tidak ditawarkan di Malaysia. Namun perkara ini dilakukan untuk memberikan penilaian IP yang lebih tinggi iaitu IP54 walaupun ada beberapa peranti kelas pertengahan sudah menggunakan IP69.

CMF2Pro 14

Keseluruhan panel belakang ini juga menggunakan bahan binaan plastik dengan rekaan dwi-tona warna. Walaupun menggunakan plastik, kemasan matte pada belakang ini membuatkan peranti ini sangat selesa dipegang tanpa kerangka dengan ketebalan hanya 7.8mm. Pada bahagian kanan peranti terdapat butang kuasa dan butang terbaru iaitu Essential Key yang ada pada siri Nothing Phone 3a manakala bahagian kiri terdapat butang laras suara. Kesemua butang pada peranti ini terasa agak murah dan bising apabila ditekan. 

Skrin

Salah satu penambahbaikan adalah pada skrin peranti ini dengan saiz yang dipertingkat kepada 6.77” Flexible AMOLED, resolusi FHD+, kadar segar semula 120hz dan mempunyai sokongan HDR10+. Tidak mengejutkan ia tidak menggunakan skrin LTPO sesuai dengan harga yang diberikan. Tahap kecerahan meningkat kepada 3000 nits untuk menggunakan peranti ini di luar tanpa sebarang masalah. Dari segi perlindungan, ia hadir dengan kaca jenis Panda pada skrin hadapan.

CMF2Pro 26

Skrin yang diberikan ini sangat baik untuk digunakan sama ada untuk kegunaan media, menonton filem ataupun untuk bermain permainan mudah alih. Satu perkara anda perlu tahu adalah bezel pada skrin CMF Phone 2 Pro ini sedikit tebal namun selepas dalam beberapa hari penggunaan mungkin anda akan lali dengan bezel yang tebal ini. 

CMF2Pro 16

Prestasi

Pada CMF Phone 1 dahulu ia menggunakan cip Mediatek Dimensity 7300 dan untuk Phone 2 Pro pula ia menggunakan Mediatek Dimensity 7300 Pro. Cip yang dibekalkan pada peranti ini bukanlah cip yang paling berkuasa dalam kelasnya. Selain itu, ia turut dipadankan dengan memori 8GB dan storan dalam 256GB. Untuk penggunaan biasa yang tidak berat, peranti ini tiada masalah yang besar untuk digunakan seharian. 

CMF2Pro Benchmark

Sebagai perbandingan saya memilih Poco X7 (Dimensity 7300 Ultra), TECNO Camon 40 Pro 5G (Dimensity 7300 Ultimate) dan juga Realme 14 5G(Snapdragon 6 Gen 4). 

Antutu 3D

  • CMF Phone 2 Pro – 664,827
  • Poco X7 – 686,014
  • TECNO Camon 40 Pro 5G – 688,532
  • Realme 14 5G – 753,258

Geekbench 6

  • CMF Phone 2 Pro – 1006/2957
  • Poco X7 – 1026/2936
  • TECNO Camon 40 Pro 5G – 1017/3079
  • Realme 14 5G – 1106/3080

3D Mark Wildlife Extreme

  • CMF Phone 2 Pro – 833
  • Poco X7 – 850
  • TECNO Camon 40 Pro 5G – 870
  • Realme 14 5G – 3753

Saya memang tidak menjangkakan prestasi yang tinggi dari penggunaan cip ini dan peranti-peranti dari Nothing juga tidak memfokuskan kepada prestasi. Malah prestasinya lebih kurang sahaja dengan Nothing Phone (2a) yang dilancarkan tahun lepas. Permainan ringan seperti Mobile Legends boleh sahaja dimainkan dengan tetapan tertinggi namun peranti akan memanas sedikit. Saya masih lagi boleh terima penggunaan UFS2.2 dan juga RAM 8GB LPDDR4X untuk peranti seperti CMF Phone 2 Pro ini. 

CMF2Pro 6

Penggunaan ringan masih lagi terasa lancar pada peranti ini tapi ada satu keadaan dimana saya banyak mengambil gambar dengan peranti ini dan secara tiba-tiba skrinnya beku sehingga tidak boleh buat apa-apa. Perkara ini agak aneh untuk peranti dari Nothing dan CMF.

Pengalaman Penggunaan- Nothing OS 3.2 

CMF Phone 2 Pro ini adalah peranti pertama dari Nothing yang menggunakan versi terbaru Nothing OS iaitu 3.2. Penggunaan Nothing OS ini dapat memberikan tahap kelancaran yang terbaik pada peranti ini. Secara dasarnya, Nothing OS 3.2 ini tidak ada banyak perbezaan dengan Nothing OS 3.1 yang ada pada siri Nothing (3a). Ia menawarkan pengalaman seperti stok android dengan pelbagai pemperibadian yang disediakan. Disebabkan Nothing OS 3.2 inilah yang membuatkan pengalaman penggunaan pada CMF Phone 2 Pro ini terasa sangat lancar. 

CMF2Pro 28

Dari segi sokongan pula, ia datang dengan 3 kemas kini versi Android dan juga 6 tahun untuk tampalan sekuriti jadi CMF Phone 2 Pro ini boleh digunakan sehingga Android 18 yang akan datang. Bagi saya ini adalah sokongan minimum yang diperlukan untuk peranti dalam kelas yang sama. 

CMFPhone2Pro UI

CMF Phone 2 Pro ini juga datang dengan ciri terbaru yang ada pada siri Nothing Phone (3a) iaitu Essential Space dan juga butang fizikal Essential Key. Dengan ciri ini, anda boleh membuat nota menerusi tangkapan layar yang akan terus dimasukkan ke satu hab atau memori kedua.

Essential Space di Nothing Phone (3a) secara automatik akan merumuskan atau membuat peringatan untuk pengguna dengan sangat mudah namun anehnya di CMF Phone 2 Pro ini ia terasa seakan Essential Space yang sudah di turunkan taraf dimana tiada rumusan dan juga peringatan yang dibuat di tangkapan layar ini. 

CMF2Pro essential space

Saya telahpun menggunakan ciri ini sejak dari Nothing Phone (3a) lagi namun saya masih tidak menggunakan ciri ini sepenuhnya. Saya lebih selesa membuat nota dan peringatan sendiri berbanding menggunakan ciri ini. 

Kamera – Tambahan Lensa Telephoto = Pro ?

CMF Phone 2 Pro ini didatangkan dengan kamera utama 50MP f/1.8, lensa ultra lebar 8MP f/2.2 dan lensa telephoto 50MP f/1.8 mengikut jejak langkah siri Nothing Phone (3a). Untuk kamera swafoto ia hadir dengan 16MP f/2.4. Kalau dibandingkan dengan CMF Phone 1 memang prestasi kamera pada CMF Phone 2 Pro ini ada peningkatan yang baik. 

CMF2Pro 22

Hasil gambar pada waktu siang dan dalam keadaan cahaya yang mencukupi agak baik dan tajam. Warna yang dihasilkan melalui teknologi TrueLens Engine 3.0 menampakkan gambar yang diambil nampak hidup. Namun ia mengambil sedikit masa untuk memproses gambar setelah diambil.

IMG 20250515 185937892 copy 1280x1707
IMG 20250514 093254472 copy 961x1707
IMG 20250514 092835186 copy 1280x1707

Lensa telephoto mempunyai zum optikal sehingga 2x dan 20x dengan zum digital. Hasil gambar dengan zum 2x sehingga 5x sahaja yang boleh digunakan, lupakan sajalah hasil gambar dengan zum 20x kerana langsung tidak tajam dan penuh hingar lagi-lagi pada waktu malam.

IMG 20250515 093008149 copy 1280x1707
IMG 20250515 093015692 copy 1280x1707
IMG 20250515 093022970 copy 1280x1707
IMG 20250515 093036255 copy 1280x1707

Apa yang kurang menarik tentang kamera pada CMF Phone 2 Pro ini adalah ketiadaan penstabilan imej optikal (OIS) hanya ada penstabilan imej elektronik (EIS). Ini menjadikan hasil gambar pada waktu malam kurang tajam dan banyak hingar jika di kawasan kurang sumber cahaya. 

IMG 20250512 222900620 copy 960x1707
IMG 20250502 200524607 copy 1280x1707

Secara keseluruhannya, kamera pada CMF Phone 2 Pro ada juga peningkatannya berbanding dengan model terdahulu namun sejujurnya pengalaman menggunakan kamera peranti ini seakan Nothing Phone (3a) yang diturun taraf. 

Telefoni, Wifi, GPS

Dalam masa dua minggu penggunaan, CMF Phone 2 Pro dapat beri prestasi panggilan telefon yang baik, suara jelas dan tiada gangguan sambungan. WiFi dan juga data berfungsi dengan lancar dan pantas. Kali ini pada CMF Phone 2 Pro, ia hadir dengan fungsi NFC yang tiada pada Phone 1 dahulu jadi tiada masalah untuk saya membuat pembayaran menerusi TnG eWallet dan Google Pay. GPS juga beroperasi dengan baik bersama peranti ini. 

CMF2Pro 31

Bateri dan Pengecasan

Bateri berkapasiti 5000mAh dimuatkan dalam CMF Phone 2 Pro ia adalah kapasiti yang sama yang ada pada CMF Phone 1 dahulu. Bagi saya saiz bateri 5000mAh adalah minimum untuk peranti pada tahun 2025 ini jadi saya tiada masalah dengan kapasiti bateri yang dibekalkan. Untuk penggunaan ringan, saya boleh dapat sekitar 6-7 jam SOT sehari 

CMF2Pro 30

Dari segi pengecasan, ini adalah perkara yang agak kecewa bagi saya kerana pihak CMF masih lagi berikan pengecasan pantas 33W sahaja. Saya bersyukur jika CMF berikan pengecasan pantas 45W kerana harga jualan juga meningkat dan mungkin terubat juga kecewa saya jika CMF memberikan pengecasan di dalam kotak sama seperti jualan untuk pasaran India. Masa pengecasan juga ambil agak lama iaitu dalam 40 minit dari 30% ke 100%.

Pembesar Suara

Ini juga bahagian yang saya agak kecewa pada CMF Phone 2 Pro ini kerana pembesar suara yang diberikan adalah jenis mono. Kualitinya juga sangat tidak memuaskan kerana ia terasa sangat kosong dan tiada ‘feel’ dalam lagu. Menurut CMF, pembesar suara ini juga menyokong kadar audio pada 150% namun bunyi yang dihasilkan hanya kuat dan pecah sahaja. Untuk kegunaan biasa seperti menonton Youtube atau TikTok, pembesar suara ini masih lagi boleh digunakan namun saya lebih sarankan anda menggunakan TWS atau fon kepala sendiri untuk kualiti audio yang lagi baik. 

APA DALAM KOTAK?

  • 1x CMF Phone 2 Pro
  • 1x Pelindung skrin (sedia terpasang)
  • 1x Kerangka lutsinar
  • 1x Kabel USB-C ke USB-C
  • 1x Pin SIM 
  • 1x Buku panduan dan keselamatan
CMF2Pro 23

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, saya dapat rasakan CMF Phone 2 Pro ini seperti Nothing Phone (3a) yang diturunkan taraf sahaja. Peranti ini masih lagi baik untuk dimiliki jika anda seorang peminat Android yang ingin mencuba pengalaman seakan stok android menerusi Nothing OS 3.2. Penambahan lensa telephoto juga agak menarik untuk peranti dalam kelas ini malah CMF Phone 2 Pro adalah peranti pertama bawah RM1300 dengan lensa telefoto.

CMF2Pro 5

CMF Phone 2 Pro boleh didapatkan pada tanda harga RM1199, seratus ringgit lebih tinggi berbanding dengan Phone 1 dahulu. Saya lebih gembira jika mereka mengekalkan harga jualan sama seperti Nothing Phone (3a) namun masih lagi ada beberapa penambahbaikan. Pada tanda harga itu juga, CMF Phone 2 Pro ada beberapa pesaing rapat dalam kelas yang sama. Apa yang saya boleh kata,jika anda mencari peranti dengan fungsi yang cukup dan tidak perlu apa-apa ciri tambahan, CMF Phone 2 Pro ini boleh dipertimbangkan.

Pro

  • Skrin yang lebih terang dan tajam.
  • Rekaan menarik dengan dwi-tona warna.
  • Penggunaan Nothing OS 3.2 yang lancar dan tiada aplikasi gendut
  • Prestasi kamera memuaskan dengan lensa telefoto.
  • Ketahanan Bateri Yang Baik.

Kontra

  • Prestasi tidak terlalu berbeza dengan model terdahulu.
  • Pembesar suara agak teruk.
  • Binaan plastik.
  • Pengecasan masih 33W.
  • Aksesori Tambahan Tiada Di Pasaran Malaysia.
Skor Nothing CMF Phone 2 Pro

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link