Malaysia Oversight

UK Pertimbang Haramkan Remaja Menggunakan Media Sosial

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
Nepal Menarik Semula Halangan Media Sosial Selepas Rakyat Merusuh


UK Pertimbang Haramkan Remaja Menggunakan Media Sosial

January 20, 2026
Web 2.0

Effi Saharudin

Seperti dua bekas koloninya Australia dan Malaysia, United Kingdom kini sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan individu bawah umur daripada menggunakan platform media sosial. UK kini dalam proses melihat bukti dari seluruh dunia mengenai impak pengharaman media sosial ke atas kanak-kanak.

Media Sosial

Tidak seperti di Australia dan Malaysia, UK pada waktu ini masih belum menetapkan usia minimum seseorang individu dibenarkan mengakses platform media sosial. Di Australia had umur minimum ialah 16 tahun dengan platform akan didenda A$49.5 juta (~RM 135 juta) jika didapati gagal menghalang penggunaan pengguna bawah umur.

Di Malaysia pendaftaran akaun baharu diharamkan untuk pengguna bawah 16 tahun sejak 1 Januari lalu. Individu bawah umur yang telah mendaftar boleh terus menggunakan akaun dan tidak akan mengenakan sebarang penalti jika berlaku kesalahan.

Tindakan mengharamkan akses kepada media sosial untuk pengguna bawah umur semakin popular tahun lalu dengan alasan untuk menjaga keselamatan remaja serta kanak-kanak.

Reuters



Source link