Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan ujian matrik pembelajaran melibatkan penilaian darjah empat bermula tahun ini.
Menurutnya ujian itu melibatkan lima subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
“Mulai tahun ini ujian penilaian darjah empat dilaksanakan yang akan dikendalikan oleh Lembaga Peperikasaan Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Rancangan. Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 di Putrajaya, hari ini.

Anwar turut mengumumkan prasekolah bermula pada usia lima tahun dan darjah satu bermula bagi kanak-kanak berusia enam tahun bermula tahun depan.
[Laporan penuh menyusul]






