Malaysia Oversight

Uber dan Lyft Menguji Teknologi Roboteksi Baidu Di UK Tahun Depan

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 1 minute
Uber dan Lyft Menguji Teknologi Roboteksi Baidu Di UK Tahun Depan


Uber dan Lyft Menguji Teknologi Roboteksi Baidu Di UK Tahun Depan

December 23, 2025
Automotif

Effi Saharudin

Uber dan Lyft akan menguji teknologi roboteksi Baidu di United Kingdom bermula tahun 2026. Dalam pengumuman yang dilakukan awal pagi tadi, Uber dan Lyft menyatakan teknologi swapandu Appollo Go RT6 akan digunakan di jalan raya London pada H1 2026. Ini ialah model roboteksi yang sama ingin ditawarkan oleh Baidu ke pasaran Malaysia sebelum ini.

Baidu Apollo Go Lytft roboteksi
Baidu Apollo Go RT6

Perkhidmatan di London akan ditawarkan sebagai ujian rintis sahaja terlebih dahulu dengan perancangan menawarkan perkhidmatan komersial sebelum penghujung 2026. Appollo Go RT6 ialah kenderaan swapandu generasi ke-enam yang dibangunkan oleh Baidu. Ia direka tanpa stereng dan berfungsi tanpa pemandu manusia kerana mempunyai kemampuan swapandu Tahap 4.

Setiap RT6 yang berfungsi menggunakan bateri dilengkapi 38 sensors termasuk 8 LiDAR, 6 radar mmWave, 12 radar ultrasonic dan 12 kamera membolehkan ia melihat kawasan sekeliling semasa beroperasi. Di , setiap kenderaan dibina dengan kos hanya RMB 250,000 (~RM 145,000) sebuah.



Source link