Ubat Melawan Obesiti Terkini Eli Lilly Mengurangkan Sehingga 30% Berat Badan
Effi Saharudin
Ozempic mungkin ialah nama ubat yang dikenali ramai kerana sejak tiga tahun kebelakangan ini kerana ia digunakan untuk mengurangkan berat badan dengan pantas. Tidak ramai menyedari selain Ozempic terdapat juga Wegovy yang memberikan kesan yang sama.
Permintaan yang tinggi menyebabkan pembangunan “ubat obesiti” yang lebih baik dipertingkatkan oleh syarikat farmaseutikal. Eli Lilly yang tidak ketinggalan dan telah menerbitkan keputusan ujian ubat obesiti terbaru mereka yang boleh mengurangkan sehingga 30% berat badan penggunanya.

Ubat Retatrudide menggabungkan hormon GLP-1 dengan hormon GIP and glucagon untuk meningkatkan tahap kemujaraban. Dalam ujian klinikal TRIUMPH-4 selama 68 minggu yang mempunyai 445 peserta dengan mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama mengambil placebo manakala dua lagi kumpulan mengambil Retatrudide dengan dua dos berbeza.
Kumpulan yang mengambil dos tertinggi Retatrudide mencatatkan pengurangan berat purata 28.4% dengan ada yang kehilangan lebih 32 kg. Kumpulan kedua dengan dos lebih rendah pula mencatatkan pengurangan berat purata 26.4%. Kumpulan kawalan yang mengambil placebo pula hanya mampu mencatatkan pengurangan berat purata 2.1%. Selain pengurangan berat badan, peserta turut melaporkan pengurangan sakit lutut.
Peratusan pengurangan berat dalam ujian klinikal ini adalah lebih tinggi berbanding pengurangan berat purata 22.1% yang diumumkan Eli Lilly pada Januari lalu. Lebih banyak data mengenai ujian klinikal ini akan diterbitkan bermula tahun depan dengan harapan ia boleh memasuki pasaran dalam tempoh yang pendek.
Walaupun Retatrudide mujarab dalam mengurangkan berat, ia mendatang kesan sampingan seperti perasaan ingin muntah dan juga cirit birit. Ini adalah kesan sampingan sama dilaporkan pengguna Ozempic dan Wegovy.






