PETALING JAYA: Penyelesaian tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilakukan melalui perbincangan dan rundingan rasional, bukannya dengan pendekatan konfrontasi atau pertelingkahan antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited menyelesaikan semua tuntutan berkaitan MA63 secara menyeluruh dan berperingkat termasuk menerusi perbincangan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. “Sekarang pun kita sedang berbincang.…






