Malaysia Oversight

Tuntut iktiraf UEC hanya lepas DAP kalah PRN Sabah

By MkiniBM in December 15, 2025 – Reading time 2 minute
Tuntut iktiraf UEC hanya lepas DAP kalah PRN Sabah


Pemuda Bersatu menyifatkan tuntutan DAP supaya memberi pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bermotifkan politik semata-mata.

Ketua penerangannya Harris Idaham Rashid mendakwa desakan itu susulan kekalahan DAP dalam PRN Sabah, baru-baru ini.

e3e3447e8006f0bba225fd94d56512c6
Harris Idaham Rashid

“Topik yang sudah lama sejuk ini sengaja dihangatkan kembali bertujuan untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa DAP tidak lari daripada perjuangan asal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dilaporkan partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri Ibrahim untuk meminta supaya mengiktiraf UEC.

Ketika isu berkenaan kembali hangat – dilaporkan tidak bersetuju dengan tuntutan DAP itu.

Katanya, akan terus mempertahan dan mendukung prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan berhubung kedudukan bahasa Melayu.

78c09f2518e4f4b1fc15a02819d4c79d

Tegasnya, usaha yang sepatutnya dilakukan adalah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu bagi menjadikannya bahasa ilmu yang dikuasai semua pihak di negara ini.

Harris berkata, pihaknya menyeru kepada untuk menyedari bahawa DAP hanya ‘playing to the gallery’.

Dakwanya, ia konsisten dengan tuduhan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke terhadap Presiden Upko Ewon Benedick apabila membuat keputusan untuk meninggalkan gabungan kerajaan.

“Pemuda Bersatu menegaskan bahawa pemantapan identiti nasional sebagai warganegara harus diberi lebih perhatian. Masalah besar generasi baru adalah penguasaan bahasa Malaysia berada di tahap yang rendah.

“Pengiktirafan UEC akan mengakibatkan pelajar Cina merasakan bahawa subjek bahasa Malaysia itu hanya relevan untuk tujuan akademik sahaja.

b9694dd7557eacc93a4760e4b7bd16fa

“Untuk mencapai semangat patriotisme yang tinggi, sistem pendidikan harus mengikut arus perdana dan tidak wajar untuk mengiktiraf sistem pendidikan yang diwujudkan oleh swasta,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga menyokong supaya rakyat Malaysia menjadi trilingual society yang mempunyai penguasaan mantap bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Mandarin atau bahasa lain.

“Penguasaan ini akan memberi kelebihan kepada individu tersebut untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik dan memudahkan urusan perniagaan bersama kuasa besar dan Amerika kerana tiada masalah komunikasi.

“Walaupun Pemuda Bersatu menyokong Malaysia ke arah trilingual society tetapi menentang pengiktirafan UEC untuk mencapai tujuan tersebut seperti diyakini oleh pemimpin DAP,” kata Harris lagi.



Source link