Malaysia Oversight

Tunggu sah letak jawatan dulu, baru bincang Pengerusi PN

By Utusan in January 10, 2026 – Reading time 1 minute
Tunggu sah letak jawatan dulu, baru bincang Pengerusi PN


BANGI: Perbincangan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu hanya dilakukan selepas peletakan jawatan Tan Sri Yassin disahkan secara rasmi oleh majlis tertinggi gabungan itu.

Timbalan Presiden , Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PN belum mengadakan sebarang mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

“Belum ada (calon pengganti ). Sebab kita nak memuktamadkan dulu tentang pengesahan peletakan jawatan pengerusi.

“Selepas itu, barulah empat parti komponen akan duduk berbincang untuk menentukan siapa yang akan menggantikan beliau,” katanya selepas majlis sambutan Minggu Al-Quds Sedunia.

Tambahnya, belum menghantar senarai calon Pengerusi PN buat masa ini.

 





Source link