Malaysia Oversight

TuneTalk Kini Menawarkan Data 50GB Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM28 Sebulan

By Amanz in November 5, 2025 – Reading time 1 minute
TuneTalk Kini Menawarkan Data 50GB Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM28 Sebulan


TuneTalk Kini Menawarkan Data 50GB Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM28 Sebulan

November 5, 2025
Telekomunikasi

Aman

TuneTalk kini mengemaskini pelan Epik+28, menawarkan tambahan 10GB data berbanding pelan asal sebelum ini. Kini, pada harga langganan RM28 sebulan, pengguna akan menerima akses kepada 50GB data, selain turut menerima akses kepada panggilan tanpa had.

TuneTalk 28

TuneTalk melalui bahan promosi menyatakan data 50GB ini boleh digunakan pada talian 4G dan juga 5G, memberikan pengguna akses kepada kelajuan mencapai 900Mbps. Tetapi, ini tertakluk kepada lokasi dan sambungan talian kepada pengguna. Data 50GB berkenaan juga turut boleh digunakan untuk tujuan hotspot.

Selain kemaskini pelan berkenaan, TuneTalk turut sedia menawarkan pelan Epik+35 yang menawarkan akses data 150GB, dan Epik+50 yang menawarkan akses data 350GB sebulan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link