Malaysia Oversight

Tujuh lagi rakyat Palestin maut

By MkiniBM in August 31, 2025 – Reading time 2 minute
Tujuh lagi rakyat Palestin maut


Tujuh lagi penduduk Palestin meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan berpunca daripada sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Dalam kenyataan itu, kementerian berkenaan berkata kematian terbaharu itu menjadikan jumlah korban akibat berkaitan kebuluran sejak Oktober 2023 meningkat kepada 339 orang, termasuk 124 kanak-kanak.

Kebuluran telah disahkan berlaku di utara Gaza, dan dijangka merebak ke Deir al-Balah serta Khan Younis di bahagian tengah dan selatan Gaza menjelang akhir September, menurut Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC).

Selepas 22 bulan konflik berterusan, IPC menyatakan lebih setengah juta penduduk Gaza kini berdepan kebuluran, kemiskinan melampau dan kematian.

03a6ea42e087488a49ac1aff96ad077a

Seramai 1.07 juta penduduk lagi – lebih separuh daripada populasi – berada pada tahap kecemasan ketakjaminan makanan akut.

Israel menutup semua lintasan sempadan ke Gaza sejak 2 Mac, menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan walaupun ribuan trak bantuan terkandas di sempadan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Tel Aviv hanya membenarkan sejumlah kecil bantuan masuk, yang menurut pegawai tidak mencukupi untuk menampung keperluan minimum 2.4 juta penduduk wilayah itu.

Sejak Oktober 2023, Israel telah membunuh hampir 63,400 penduduk Palestin di Gaza.

e56f37c3ba516b6fe86f3ff5e5dc7fa4

Kempen ketenteraan itu memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran.

Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangan ke atas wilayah itu.

– Bernama-Anadolu



Source link