Malaysia Oversight

Tugas semua rungkai kebenaran, kata PM

By MkiniBM in August 3, 2025 – Reading time 2 minute
Tugas semua rungkai kebenaran, kata PM


Ibrahim memang mengambil maklum isu kematian pelajar Papar, Zara Qairina Mahathir, malah sudah menghubungi ketua polis negara dan peguam negara untuk mendapatkan maklumat terkini siasatan kes berkenaan.

Perdana menteri berkata, kematian remaja berusia 13 tahun itu – disyaki ada kaitan dengan kejadian buli – mencetuskan kecaman terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan spekulasi orang ramai pelakunya ada kaitan dengan orang kenamaan (VVIP).

“Baru-baru ini berlaku kematian (Zara Qairina), dan menteri pendidikan diserang kerana perkara itu. Apa yang sedang berlaku kepada negara kita?

“Seorang anak meninggal dunia, ini adalah tanggungjawab bersama untuk kita rungkai kebenaran, bukan menuduh secara melulu,” kata dalam ucapannya sempena lawatan ke Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

mengesahkan polis merakam keterangan daripada 60 individu dan kertas siasatan lengkap telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Polis telah serah laporan penuh kepada Jabatan Peguam Negara… dan saya tanya peguam negara untuk maklumat terkini.

“Beliau kata, ya, esok pagi kita akan dapat (kemas kini),” katanya.

Zara Qairina dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan asrama sekolah pada awal pagi 17 Julai lalu.

Satu lagi aduan polis

Jenazahnya dijangka akan digali semula untuk proses bedah siasat dijalankan ekoran permohonan dibuat pihak keluarga terbabit.

Anwar turut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa negara ini terikat dengan undang-undang, bukannya khabar angin, dan memberi amaran supaya tragedi berkenaan tidak dijadikan bahan politik.

“Siapa pun yang terlibat, tidak kira kalau mereka Tan Sri, Datuk Seri, atau menteri – jika terbukti terlibat dalam jenayah, pembunuhan atau berkomplot, mereka tidak akan dilindungi.

“Tetapi jangan fitnah anak menteri, timbalan perdana menteri, atau timbalan ketua menteri,” katanya.

Tegas Anwar lagi, tidak akan melindungi sesiapa jika terbukti berlaku jenayah, namun pada masa sama menggesa semua pihak untuk bersabar sementara proses undang-undang berjalan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Papar, Armizan Ali; dan Ahli Parlimen Sepanggar merangkap timbalan menteri, Mustapha Sakmud; menafikan sebarang kaitan mereka dengan kematian Zara Qairina.

Ketua Polis Daerah Papar, Supt Kamaruddin Ambo Sakka, juga berkata tiada ahli keluarga Yang di-Pertua Negeri mahupun anak mana-mana VVIP terlibat dalam kes berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, New Straits Times hari ini melaporkan ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, membuat satu lagi laporan di Balai Polis Sipitang berhubung penemuan kesan lebam teruk di bahagian belakang tubuh anaknya semasa pengurusan jenazah di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai.

Menurut kenyataan peguamnya, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, Noraidah hanya mengingati semula tentang kesan lebam itu selepas mereka menyoalnya mengenai keadaan fizikal mayat Zara Qairina.



Source link