Malaysia Oversight

TUDM gantung serta-merta operasi pesawat tempur Hornet

By MkiniBM in August 22, 2025 – Reading time 1 minute
TUDM gantung serta-merta operasi pesawat tempur Hornet


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memutuskan untuk menggantung semua operasi penerbangan membabitkan pesawat tempur F/A 18D Hornet berkuat kuasa hari ini. 

Perkara itu diumumkan Panglima TUDM Muhamad Norazlan Aris dalam sidang media khas di pangkalan udara Kuantan, Pahang, pagi ini.

Muhamad Norazlan memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi memudahkan Lembaga Siasatan melakukan siasatan teliti terhadap insiden pesawat tempur itu yang terhempas ketika berlepas malam tadi. 

Dalam kejadian pada jam 9.05 malam tadi, sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam insiden kemalangan ketika berlepas di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan).

67fe1c3c0a770208a0ba505241c94fe5

Menurut polis, seorang juruterbang serta pembantu juruterbang TUDM dilaporkan selamat dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Muhamad Norazlan mengesahkan kedua-dua anak kapal yang berada dalam pesawat tempur itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. 

“Juruterbang pesawat itu adalah Mejar Azhar Alang Kamarudin, 34, manakala jurusensor senjata, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28.

“Mejar Azhar mengalami kecederaan kesan terbakar pada bahagian kaki kiri, manakala Kapten Mohamad Izzuddin pula hanya dikesan mempunyai kesan lebam-lebam pada beberapa bahagian badan,” katanya.

[Berita lanjut menyusul]



Source link