Malaysia Oversight

Tuan Ibrahim yakin Umno kecewa, tertekan Norashikin masuk PAS

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
Tuan Ibrahim yakin Umno kecewa, tertekan Norashikin masuk PAS


PRK AYER KUNING | yakin kemasukan bekas exco Wanita Malaysia ke dalam parti itu akan memberi kesan besar kepada pengundian yang akan berlangsung Sabtu ini.

Malah, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa langkah diambil Wan Norashikin Wan Nordin itu menyebabkan tekanan dialami pihak .

Bercakap kepada media di Kuantan selepas berakhir sidang dewan undangan negeri (DUN) hari ini, Tuan Ibrahim berkata reaksi ditunjukkan Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini membayangkan Presiden berkenaan tertekan dan kecewa.

“Saya fikir dia (Ahmad Zahid) kecewa apabila bekas Ketua Wanita Umno Perak itu mengumumkan menyertai .

“Jadi, mungkin disebabkan itu dia mengeluarkan kenyataan berkenaan,” katanya di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

DUN Pahang bersidang sejak Jumaat lalu.

Wan Norashikin – yang pernah menjadi ketua Wanita Umno Perak dan Kampung Gajah – diumum menyertai dalam ceramah mega PN di Tapah hujung minggu lalu.

DIa menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada presiden parti itu, Abdul Hadi Awang.

Wan Norashikin, 52, memenangi kerusi DUN Kampung Gajah pada 2018 dalam PRU ke-14 namun gagal mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU berikutnya (2022) apabila kalah kepada calon PN, Zafarulazhan Zan, dari PAS.

Berlaku pertambahan kerusi

Untuk rekod, Wan Norashikin mendirikan rumah tangga dengan Edi Razman Mohd Ismail sehinggalah suaminya itu meninggal dunia pada 2021.

Pada 2024 Wan Norashikin bernikah dengan Muhammad Noor Farid Zainal yang merupakan calon PAS sekali gus PN untuk kerusi DUN Ayer Kuning dalam PRU lalu.

Muhammad Noor kalah kepada Allahyarham Ishsam Shahruddin dengan perbezaan 2,213 undi.

Ketika ini Muhammad Noor merupakan Setiausaha PAS Tapah.

Ditanya apakah yang boleh berlaku ekoran penyertaan Wan Norashikin ke dalam PAS, Tuan Ibrahim yang juga Cheka membayangkan kesannya akan dirasai secara ketara

“Sudah tentu ia akan memberi kesan kepada PRK Ayer Kuning kerana Wan Norashikin mempunyai pengaruh bukan saja di peringkat negeri, tapi juga di peringkat Pusat,” katanya.

Tuan Ibrahim menambah penyertaan bekas ahli Wanita Umno itu juga akan menambah sokongan pengundi di Ayer Kuning.

“Kita boleh lihat dalam PRU lalu, apabila individu berpengaruh dari Umno seperti Noh Omar, Annuar Musa dan Shahidan Kassim menyertai PN, berlaku penambahan kerusi dimenangi gabungan kami.

bc66d288d07326293313120dd1595e63

“Jadi, saya percaya apa yang berlaku (kemasukan Wan Norashikin) ini turut memberi kesan kepada keputusan pengundi di Ayer Kuning, Sabtu ini,” katanya.

Pada Ahad lalu Ahmad Zahid berkata, pada ketika hari penamaan calon bagi PRK Ayer Kuning, Wan Norashikin hadir mengiringi calon namun seminggu kemudian membuat keputusan meninggalkan parti berkenaan.

“Mungkin itu adalah langkah terbaik untuk beliau menuju ke syurga,” kata Ahmad Zahid secara sinis dalam satu majlis di Lenggong, Perak.



Source link