Malaysia Oversight

Trump umumkan perjanjian perdagangan utama pada Khamis

By MkiniBM in May 8, 2025 – Reading time 1 minute
Trump umumkan perjanjian perdagangan utama pada Khamis


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi mengumumkan satu perjanjian perdagangan utama yang melibatkan sebuah negara yang disifatkannya sebagai “besar dan amat dihormati,” menurut hantaran di platform Truth Social miliknya.

Sidang media itu dijadual berlangsung pada 10 pagi waktu timur AS (14:00 GMT), namun tidak mendedahkan negara yang terlibat dalam perjanjian berkenaan, lapor Reuters.

Pengumuman ini dibuat ketika laporan mengenai rundingan perdagangan peringkat tinggi antara AS dan sedang berlangsung di Switzerland.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), Kementerian Luar pada Rabu mengesahkan Naib Perdana Menteri He Lifeng akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent di Switzerland bagi rundingan isu berkaitan tarif.

He Lifeng, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan -AS akan mengetuai delegasi China ke Switzerland dari Jumaat hingga Isnin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dilaporkan berkata mesyuarat itu diadakan atas permintaan AS.

Rundingan diadakan susulan ketegangan perdagangan yang meningkat antara kedua-dua negara baru-baru ini.

– Bernama



Source link