Malaysia Oversight

Trump umum Pentagon kini dikenali sebagai Jabatan Perang

By MkiniBM in September 6, 2025 – Reading time 2 minute
Trump umum Pentagon kini dikenali sebagai Jabatan Perang


GLOBAL | Presiden AS Donald menandatangani satu perintah eksekutif untuk menjenamakan semula jabatan pertahanan negara itu sebagai “Jabatan Perang”, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Presiden dari Parti Republikan itu menandatangani perintah berkenaan di Pejabat Oval dan sejurus selepas itu merujuk ketua Pentagon, Pete Hegseth, sebagai “Setiausaha Perang”.

Kertas fakta Rumah Putih mengenai penjenamaan semula itu menyatakan bahawa istilah “Jabatan Perang” dan “Setiausaha Perang” yang digunakan sehingga selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua adalah “gelaran sekunder” kepada Jabatan Pertahanan dan Setiausaha Pertahanan.

“Saya rasa ini adalah nama yang lebih sesuai, terutama melihat keadaan dunia sekarang,” kata tidak lama selepas menandatangani perintah itu sambil menambah perubahan berkenaan menghantar “mesej kemenangan”.

Tidak jelas pada peringkat awal sama ada penamaan semula itu akan mengikat secara sah serta-merta atau sebaliknya.

Kali terakhir nama jabatan itu ditukar, ia memerlukan akta dari Kongres AS. Perintah itu turut disertakan dengan rang undang-undang di Kongres.

bagaimanapun mempersoalkan sama ada kelulusan Kongres diperlukan.

“Saya tidak tahu, tetapi kita akan mengetahuinya nanti, namun saya tidak pasti mereka perlu,” katanya.

Dia juga memberitahu pentadbirannya akan menggunakan istilah itu tanpa mengira apa pun keputusan yang diambil oleh Kongres.

“Kita akan teruskan, dan kita akan teruskan dengan tegas … tetapi kita juga akan membawanya ke Kongres,” kata Trump.

Sejurus selepas menandatangani perintah tersebut, laman sesawang dan akaun media sosial jabatan berkenaan memaparkan nama baru itu.

Langkah tersebut dirancang sejak sekian lama, dan Trump pernah menyuarakan idea berkenaan secara terbuka sebelum ini.

Hegseth memberitahu stesen penyiar Fox News awal minggu ini bahawa mahu menghidupkan kembali “etos pejuang” dan menghantar isyarat pencegahan kepada dunia luar.

Jabatan Perang pada asalnya ditubuhkan oleh Presiden George Washington pada 1789.

Bernama/dpa



Source link