Malaysia Oversight

Trump umum kenaikan cukai import keluli, aluminium

By MkiniBM in May 31, 2025 – Reading time 2 minute
Trump umum kenaikan cukai import keluli, aluminium


GLOBAL | Presiden Donald hari ini mengumumkan kenaikan ketara tarif import keluli dan aluminium dengan menggandakan kadar sedia ada – 25 peratus kepada 50 peratus – dalam usaha yang digambarkannya sebagai langkah melindungi industri tempatan.

“Hari ini, saya ada pengumuman besar.

“Kita akan melaksanakan kenaikan 25 peratus. Kita akan naikkan daripada 25 peratus kepada 50 peratus bagi tarif import keluli ke AS yang akan lebih menjamin industri keluli negara ini.

“Tiada siapa dapat mengatasinya,” kata ketika berucap pada perhimpunan di US Steel di Pittsburgh, Pennsylvania.

berkata, peningkatan kadar itu bertujuan merapatkan jurang yang selama ini digunakan pesaing asing untuk mengelak tarif terdahulu, lapor Anadolu Ajansi.

“Jadi, kita naikkan daripada 25 peratus, kita gandakan kepada 50 peratus dan itu menutup laluan pintas,” katanya.

Kepada para pelabur dalam sektor keluli AS, Trump berkata: “Pada kadar 25 peratus, mereka masih boleh melepasinya. Tapi dengan kadar 50 peratus, mereka tidak lagi mampu.

“Jadi tahniah kepada semua, dan kepada anda, kerana membuat tawaran yang hebat.

“Saya katakan bahawa ‘tarif’ bagi saya adalah perkataan paling indah dalam kamus,” katanya.

Pengumuman itu dibuat semasa perhimpunan bagi meraikan “perjanjian blockbuster” di antara Nippon Steel dan US Steel.

“Kita berada di sini hari ini untuk meraikan satu perjanjian besar yang akan memastikan syarikat AS yang bersejarah ini kekal milik AS,” katanya.

Menyifatkan Nippon Steel dari Jepun sebagai rakan kongsi yang hebat, Trump berkata: “Jepun adalah sahabat baik saya sepanjang saya menjadi presiden.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen penting itu, kata Trump, Nippon akan melabur sebanyak AS$2.2 bilion bagi meningkatkan pengeluaran keluli di Mon Valley Works, merujuk kepada loji pemprosesan keluli.

“Sebanyak AS$7 bilion lagi akan digunakan untuk memodenkan kilang keluli, mengembangkan lombong bijih besi, serta membina kemudahan berteknologi tinggi di Indiana, Minnesota, Alabama dan Arkansas.

“Langkah ini dijangka mewujudkan dan mengekalkan lebih 100,000 pekerjaan untuk rakyat AS,” katanya.

Bernama/Anadolu



Source link