Malaysia Oversight

Trump umum cukai 25 peratus ke atas rakan dagang Iran

By Utusan in January 13, 2026 – Reading time 2 minute
Trump umum cukai 25 peratus ke atas rakan dagang Iran


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald mengenakan cukai import 25 peratus terhadap mana-mana negara yang berdagang dengan Iran, langkah yang boleh meningkatkan tekanan ke atas Teheran ketika protes antikerajaan memasuki minggu ketiga.

dalam hantaran di media sosial berkata, tarif tersebut berkuat kuasa serta-merta, tanpa memberikan butiran mengenai apa yang dianggap sebagai ‘berurusan’ dengan Iran.

“Mana-mana negara yang menjalankan perniagaan dengan Republik Iran akan dikenakan cukai import 25 peratus ke atas semua urusan perniagaan dengan Amerika Syarikat.

“Perintah ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan,” tulis di platform Truth Social semalam.

Rumah Putih tidak memberikan maklumat tambahan mengenai cukai import tersebut, termasuk negara-negara yang paling terkesan.

merupakan rakan dagang terbesar Iran, diikuti Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye dan India.

Cukai import baharu itu diumumkan selepas Trump mengancam untuk campur tangan secara ketenteraan jika Teheran membunuh penunjuk perasaan.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, pilihan ketenteraan termasuk serangan udara masih dipertimbangkan.

Kemarahan terhadap kejatuhan nilai mata wang Iran, mencetuskan protes pada akhir Disember, yang kini berkembang menjadi krisis legitimasi bagi Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.- BBC





Source link