Malaysia Oversight

Trump saksi tandatangan Perjanjian Damai Kemboja-Thailand

By Utusan in October 26, 2025 – Reading time 1 minute
AS tamatkan semua rundingan perdagangan Kanada


KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Donald memberitahu sedang dalam perjalanan ke Malaysia bagi menandatangani Perjanjian Damai yang berjaya diusahakannya antara Kemboja dan Thailand.

Menerusi hantaran dalam akaun media sosialnya, turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Thailand susulan kemangkatan bekas Ratu Thailand, Sirikit pada usia 93 tahun.

“Saya sedang dalam perjalanan ke Malaysia untuk menandatangani Perjanjian Damai besar yang saya banggakan kerana menjadi perantara antara Kemboja dan Thailand.

“Malangnya, bonda Ratu Thailand baru sahaja mangkat. Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Thailand,” katanya dalam Truth Details, hari ini. 

turut memaklumkan beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul sebaik tiba bagi menandatangani perjanjian tersebut.

Jelasnya, upacara menandatangani Perjanjian Damai itu akan diadakan sejurus ketibaan beliau di negara ini, hari ini.-UTUSAN





Source link