Malaysia Oversight

Trump mungkin lancar serangan darat banteras kartel dadah Venezuela

By Utusan in October 16, 2025 – Reading time 2 minute
Trump mungkin lancar serangan darat banteras kartel dadah Venezuela


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald mungkin melancarkan serangan darat terhadap kartel dadah Venezuela, sebagai langkah terbaharu dalam usaha pentadbirannya membanteras penyeludupan dadah ke AS.

Bercakap kepada wartawan di Rumah Putihpada Rabu, berkata, pentadbirannya sudah ‘hampir sepenuhnya menghentikan’ penyeludupan dadah melalui laut, dan kini sedang menumpukan perhatian kepada laluan darat.

“Saya tidak mahu dedahkan secara terperinci, tetapi kami kini sedang melihat ke arah serangan darat kerana laut sudah berada dalam kawalan penuh,” kata .

Sepanjang sebulan lalu, tentera AS telah melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan terhadap bot dari Venezuela yang didakwa digunakan untuk menyeludup dadah.

Rumah Putih menyifatkan bot-bot tersebut sebagai milik ‘pengganas dadah’

Dalam serangan terkini pada Selasa lalu, enam suspek pengedar dadah terbunuh di perairan antarabangsa, menurut Trump.

Bagaimanapun, tindakan agresif ini mencetuskan kritikan hebat daripada ahli politik kedua-dua parti utama di AS, yang menyifatkannya sebagai “pembunuhan tidak sah”.

Malah, sekumpulan bekas pegawai Republikan turut mempersoalkan kesahan undang-undang serangan tersebut.

Namun, Trump mempertahankan tindakan pentadbirannya, menyifatkan pendekatan terdahulu yang menggunakan Pengawal Pantai AS untuk menyiasat bot sebelum bertindak sebagai “langsung tidak berkesan”.

“Mereka (kartel) ada bot laju, bot-bot ini memang kelas dunia. Tapi bot mereka tak lebih laju daripada peluru berpandu,” katanya.

Menurut Trump, setiap serangan yang dilancarkan oleh AS berpotensi menyelamatkan ribuan nyawa rakyat Amerika.





Source link