Trump Melanjutkan Tarikh Jualan TikTok Ke 16 Disember
Effi Saharudin
Presiden melanjutkan tarikh jualan TikTok sehingga 16 Disember dengan ini merupakan lanjutan ke empat diberikan kepada Bytedance. TikTok perlu dijual kepada syarikat Amerika sekiranya ingin terus beroperasi di negara tersebut. Alasan yang diberikan oleh pentadbiran Joe Biden sebelum ini ialah TikTok mendatangkan risiko keselamatan data pengguna Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan terbaru, sumber mengatakan pengumuman jualan TikTok akan dilakukan seawal esok Presiden Trump dan Xi. Oracle, Silver Lake dan 16z dipercayai akan memegang sekitar 80% saham syarikat TikTok Amerika selepas jualan dilakukan. Baki saham dipegang oleh Bytedance dengan algoritma TikTok akan dikekalkan menerusi pembayaran lesen dan penggunaan harta intelek.
Operasi TikTok di Amerika Syarikat terhenti seketika pada Januari selepas ia gagal dijual dan aplikasi TikTok serta CapCut dibuang daripada stor aplikasi di Amerika. Hanya selepas arahan eksekutif diberikan Trump, platform dengan ratusan juta pengguna ini dibenarkan beroperasi semula. Antara syarikat yang diuar-uarkan ingin membeli TikTok di awal tahun ini ialah Microsoft dan selebriti MrBeast.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.