Malaysia Oversight

Trump luluskan pelan damai Rusia-Ukraine

By MkiniBM in November 20, 2025 – Reading time 1 minute
Trump luluskan pelan damai Rusia-Ukraine


Presiden Amerika Syarikat Donald meluluskan pelan damai 28 perkara bagi menyelesaikan konflik antara Rusia dan Ukraine, yang dirangka oleh pegawai AS melalui rundingan dengan pegawai Rusia dan Ukraine, lapor Xinhua memetik NBC News pada Rabu.

Menurut NBC, pelan itu dibangunkan dengan penglibatan utusan khas Steve Witkoff, Naib Presiden JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio serta menantu presiden, Jared Kushner.

Tiga pegawai AS turut memberitahu NBC bahawa rangka pelan damai itu masih perlu dibentangkan kepada pihak Ukraine.

Pemuktamadan draf pelan berlangsung bertepatan dengan lawatan delegasi Tentera Darat AS ke Ukraine yang tiba di Kyiv pada Rabu.

Bernama-Xinhua



Source link