Malaysia Oversight

Trump gesa Russia-Ukraine laksana gencatan 30 hari

By Utusan in May 10, 2025 – Reading time 1 minute
Trump gesa Russia-Ukraine laksana gencatan 30 hari


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa pelaksanaan gencatan senjata tanpa syarat selama 30 hari antara Russia dan Ukraine sambil menegaskan kedua-dua negara perlu mematuhi rundingan yang berlangsung.

berkata, sekiranya gencatan senjata ini tidak dihormati, AS dan rakan sekutu akan mengenakan sekatan tambahan sambil merujuk kepada Russia.

Presiden AS itu turut menyatakan hasratnya agar gencatan senjata ini menjadi asas kepada perdamaian yang berkekalan.

“Segala-galanya boleh diselesaikan dengan cepat dan saya sedia membantu pada bila-bila masa jika khidmat saya diperlukan,” katanya.

Ukraine sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menerima cadangan AS bagi melaksanakan gencatan senjata 30 hari serta-merta.

Sebaliknya, Rusia hanya mencadangkan gencatan senjata selama tiga hari bersempena ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua bermula kelmarin.

Menteri Luar Ukraine mendakwa Russia sudah beberapa kali melanggar gencatan senjata tiga hari itu.





Source link