Malaysia Oversight

Trump dijemput untuk kenduri Asean, bukan kenduri M’sia

By MkiniBM in October 4, 2025 – Reading time 1 minute
Trump dijemput untuk kenduri Asean, bukan kenduri M'sia


Menteri Luar Mohamad Hasan hari ini menggesa pengkritik memahami bahawa jemputan kepada Presiden AS Donald ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur dilakukan atas kapasiti Malaysia sebagai pengerusi Asean.

Dia menegaskan Malaysia sebagai “Dato’ Lembaga” persatuan itu – merujuk kepada jawatan ketua suku kaum di bawah budaya Perpatih – tidak boleh selektif apabila menjemput ketua-ketua negara ke mesyuarat itu.

“Ini bukan jemputan dua hala biasa. ini kenduri Asean, bukan kenduri Malaysia.

“Malaysia tuan rumah. Kita ‘Dato’ Lembaga’ Asean tahun ni kita jemput semua anak buah, ketua-ketua masyarakat lain. Kita tak boleh jemput masyarakat A tapi tak jemput masyarakat B. Itu bukan diplomasi yang baik.

“Asean mesti dilihat sebagai kumpulan negara yang amal dasar berkecuali,” kata menteri itu pada sidang media pagi ini.

Mohamad berasal dari Negeri Sembilan, dengan budaya Perpatih masih diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat negeri itu.

telah dikritik kerana menjemput ke sidang kemuncak itu, yang akan diadakan di Kuala Lumpur akhir bulan ini.

Pengkritik menggesa membatalkan jemputan kepada sebagai tanda protes terhadap sokongannya terhadap Israel dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.

Bagaimanapun, telah mempertahankan langkah itu, dengan Perdana Menteri Ibrahim berkata sidang kemuncak itu akan menyediakan platform diplomatik untuk terus membangkitkan isu Palestin.



Source link